Siakap Keli
burung hantu tumpang beraya
Kredit: @jazli.ai via TikTok

Dah Macam CCTV, Burung Hantu Singgah ‘Beraya’, Bertenggek Dalam Rumah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang paling dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia bukan sahaja tanda kemenangan setelah sebulan berpuasa, namun merupakan saat yang bermakna untuk sanak saudara berkumpul dan mengeratkan silaturahim.

Pada waktu ini, ramai yang mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman bagi bertemu ahli keluarga tercinta. Suasana rumah menjadi meriah dengan gelak tawa, cerita lama yang dikenang kembali dan juadah tradisional yang dinikmati bersama.

Perhimpunan keluarga ini bukan sekadar mengeratkan hubungan, malah membina kenangan indah yang akan dikenang sepanjang hayat.

Burung hantu ‘tumpang beraya’ buat orang ramai terhibur

Namun, kenangan yang dialami oleh keluarga ini pula berbeza apabila seekor burung hantu dilihat bertenggek di dalam rumah tanpa menunjukkan sebarang reaksi pada hari raya pertama.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @jazli.ai di TikTok, burung itu hanya memerhati keadaan sekeliling sewaktu kamera menghala ke bahagian atas bingkai langsir.

Apa yang lebih melucukan apabila ia sesekali menggerakkan kepalanya seperti kamera litar tertutup dan tidak menggerakkan tubuh badannya. Manakala tetamu yang berada di dalam rumah seperti tidak mengendahkan burung tersebut.

Dalam satu perkongsian lain, video berdurasi 00:12 turut memaparkan seorang wanita dilihat sedang berusaha mengalihkan haiwan berkenaan menggunakan batang mop.

Tindakan itu mungkin bagi mengusirnya keluar dari rumah, namun burung itu sekadar terbang ke atas almari kaca dan kemudiannya sambung bertenggek di situ pula.

@jazli.ai

Ada yang datang menyinggah first day Raya🥲…. #eidmubarak#selamatharirayaidulfitri

♬ Squid Game – Round and Round Mingle (Marimba Ringtone) – Ringtone – Anime Ringtones & Anytunz

@jazli.ai

Replying to @777 Cubaan ajak basuh pinggan gagal 🥲

♬ Harry’s Wondrous World (Theme from Harry Potter) – John Williams & Synchron Stage Orchestra & Wizarding World

Ramai menggangap ia merupakan suasana paling ‘rare’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok berasa terhibur dengan video yang dikongsikan oleh lelaki itu. Lebih-lebih lagi apabila terdapat juga haiwan lain seperti seekor kucing dan kura-kura dalam rumah tersebut.

Bagi mereka, kehadiran pelbagai spesies haiwan dalam rumah itu menjadikan suasana perayaan lebih unik dan menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan.

BACA: Pemandu Lori Cedera Disyaki Diserang Harimau Kumbang Di Bukit Tangga

BACA: Dipaksa Dewasa Sebelum Usia, Realiti Anak Chow Kit Ini Buat Ramai Mengalir Air Mata

Sumber: @jazli.ai via TikTok

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.