Siakap Keli
Tekan "Push Start Button"
Kredit: Perodua

Betul Ke Kena Tekan “Push Start Button” 3 Kali? Ini Jawapannya

Betul Ke Kena Tekan “Push Start Button” 3 Kali? Ini Jawapannya

Kereta merupakan salah satu kenderaan utama yang digunakan oleh masyarakat untuk keperluan harian, sama ada untuk keluar bersantai, bekerja atau mengangkut barang.

Oleh itu, kereta memang akan digunakan sepenuhnya dan banyak masa dihabiskan di atas jalan. Jadi, pemilik perlu menjaga kereta dengan baik supaya ia boleh terus bergerak tanpa masalah.

Sebagai pemilik kereta, anda pasti pernah mendengar pelbagai mitos yang disebarkan oleh rakan-rakan atau melalui media sosial. Sebahagian daripada mitos ini kelihatan seperti benar, manakala yang lain pula kedengaran mengarut.

Jadi, kali ini kami di SK ingin kongsikan beberapa salah tanggapan yang sering dipercayai oleh pemilik kenderaan mengenai cara memastikan ia kekal dalam keadaan baik.

Tinggikan PSI untuk perjalanan yang lancar dan selesa

Menurut Perodua, setiap kenderaan memiliki pelekat tekanan tayar sebagai panduan untuk mengisi angin. Sekiranya anda mengisi angin secara berlebihan, ia boleh mengakibatkan tayar menjadi botak, bunga tayar haus dan lebih berbahaya.

“Rujuk PSI yang disyorkan pada panel pintu untuk keselamatan dan prestasi terbaik,” kata pihak Perodua.

Tekan butang ‘PUSH START’ sebanyak 3 kali untuk hidupkan enjin

Pasti ada segelintir pemandu yang kerap melakukan perkara ini, kan? Ia merupakan cara paling selamat untuk menghidupkan enjin kereta, selain memanjangkan jangka hayat kereta.

Ternyata perbuatan itu salah kerana jika anda menekan butang sebanyak tiga kali untuk menghidupkan enjin, ia sebenarnya akan bertukar ke mod aksesori. Selepas ini, anda hanya tekan ‘push start button’ bersama-sama brek kereta untuk menghidupkan enjin.

Tutup penghawa dingin untuk jimatkan minyak kereta

Tambah Perodua, kenderaan anda akan mengalami kurang aerodinamik sekiranya menurunkan tingkap.

Ia sekaligus meningkatkan daya seretan pada kereta dan membuatkan enjin terpaksa bekerja lebih keras untuk mengekalkan kelajuan yang sama.

Difahamkan, penggunaan penghawa dingin secara sederhana lebih menjimatkan minyak kereta.

https://fb.watch/yAzIAF5Q2j/

BACA: Akaun Media Sosial Palsu Guna Nama Sultan Pahang Dikesan

BACA: 84 Beg Darah Selamatkan 1 Nyawa, HTAR Seru Orang Ramai Jadi Penderma Tetap

Sumber: Perodua via Facebook

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.