Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gambar: BERNAMA

Kebakaran Saluran Gas: Mangsa Terima Tambahan Bantuan RM5,000 & RM2,500 Daripada Petronas

Fazidi

KEBAKARAN SALURAN GAS: MANGSA TERIMA TAMBAHAN BANTUAN RM5,000 DAN RM2,500 DARIPADA PETRONAS

SHAH ALAM, 7 April (Bernama) — Pemilik rumah yang terkesan akibat kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya akan menerima tambahan sumbangan sebanyak RM5,000 dan RM2,500 daripada Petronas, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata sumbangan mengikut kategori atau tahap kerosakan rumah itu adalah tambahan kepada bantuan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Sumbangan itu, katanya menjadikan mangsa yang tergolong dalam kategori rumah musnah sepenuhnya akan menerima keseluruhan RM10,000, manakala bagi separa musnah dan penyewa masing-masing akan menerima sebanyak RM5,000.

“Selepas proses pendaftaran ditutup pada 6 petang semalam, sebanyak 613 isi rumah daripada 437 rumah maknanya ada rumah disewakan bilik, telah selesai daftar… sesi pertama penyampaian sumbangan akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan negeri hari ini.

“Alhamdulillah, saya rasa 219 mangsa yang telah disahkan akan dapat disampaikan sumbangan pada hari ini. Pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana akan memanggil mereka secara individu untuk kita sampaikan, dan kita anggarkan maksimum selesai semua hingga Jumaat ini,” katanya pada sidang media di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di sini hari ini.

Setakat ini, daripada 437 rumah diperiksa, 81 rumah disahkan musnah sepenuhnya dengan kebakaran pada struktur melebihi 40 peratus, 81 lagi dikategorikan sebagai separa musnah, manakala 57 terbakar tetapi tidak mengalami kesan kepada struktur dan bakinya 218 rumah didapati tidak terkesan.

Anwar ketika meninjau lokasi kejadian pada Selasa lepas, mengumumkan bantuan segera sebanyak RM5,000 kepada pemilik rumah yang terjejas sepenuhnya dan RM2,500 kepada lebih 100 pemilik rumah yang sebahagiannya rosak.

Dalam pada itu, Amirudin turut mengumumkan kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan sewa rumah sebanyak RM2,000 kepada mangsa terlibat selama enam bulan bergantung kepada tempoh pembaikan rumah masing-masing.

Beliau berkata bantuan dengan implikasi kewangan sebanyak RM7.356 juta itu diputuskan mengambil kira aduan mangsa berhubung lokasi penempatan sementara Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) di Kota Warisan, Sepang, yang ditawarkan sebelum ini sebagai agak jauh dari kediaman semasa.

“Mungkin dalam minggu depan kita akan muktamadkan dan kita akan serahkan kepada semua ketua isi rumah supaya mereka boleh menggunakan wang itu untuk menyewa kediaman sementara dan selepas enam bulan sebahagian daripada mereka mungkin boleh pulang ke rumah kecuali kediaman yang musnah sepenuhnya yang mungkin mengambil masa sedikit panjang,” katanya.

Amirudin berkata bagi tawaran Airbnb yang diumumkan sebelum ini, sebanyak 87 rumah telah tersedia dengan pengagihan penempatan sementara dijangka dimulakan pada Rabu ini dan keutamaan akan diberikan kepada pemilik rumah yang musnah sepenuhnya.

Beliau berkata disebabkan pelbagai tawaran dan bantuan yang diumumkan dari segi pinjaman kereta dan motor, baucar barangan elektrik, bantuan zakat, bantuan kerajaan negeri untuk sewaan rumah dan sebagainya, kerajaan Selangor akan mewujudkan satu laman web khas untuk melaporkan berkaitan sumbangan telah disalurkan.

“Laman web itu boleh digunakan untuk mangsa berdaftar dan pegawai kita boleh melaporkan sejauh mana sumbangan-sumbangan itu disalurkan atau berapa peratus telah disalurkan kepada penduduk dan sebagainya,” katanya.

Sumber: BERNAMA