Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

11 Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Iqbal Yasir
negeri hujan petang ini
Gambar: Bernama

11 Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan ramalan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang melibatkan 11 negeri sehingga jam 4 petang ini.

Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah keseluruhan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, selain beberapa kawasan di Perak, Terengganu, Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

“Di Perak, daerah yang terlibat adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang.

“Manakala di Terengganu pula di daerah Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

“Beberapa kawasan di Pahang turut diramal hujan lebat seperti Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan, Pekan dan Rompin.

“Sementara di Negeri Sembilan pula melibatkan Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin selain di Johor termasuk Tangkak, Segamat, Muar, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang dijangka hujan hanya Miri (Telang Usan) dan Limbang.

“Di Sabah pula, ia melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” Maklum METMalaysia dalam kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: Kerajaan Persekutuan Salur Bantuan Bencana RM14.7 Juta Kepada Selangor

BACA: Sekurang-Kurangnya 79 Terkorban Dalam Insiden Runtuhan Bumbung Kelab Malam