Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Sekurang-Kurangnya 79 Terkorban Dalam Insiden Runtuhan Bumbung Kelab Malam
Sekurang-kurangnya 79 orang terbunuh dan lebih 150 cedera selepas bumbung sebuah kelab malam runtuh di ibu negara Republik Dominika, Santo Domingo, lapor BBC.
Menurut pihak berkuasa tempatan, seorang gabenor wilayah dan bekas pemain Major League Baseball (MLB) Octavio Dotel, antara mangsa yang terkorban dalam tragedi itu.
Dotel, 51, disahkan maut ketika dalam perjalanan ke hospital selepas dikeluarkan dari runtuhan.
Pengarah Pusat Operasi Kecemasan (COE), Juan Manuel Méndez berkata, kira-kira 400 anggota penyelamat telah dikerahkan ke lokasi kejadian. Pasukan penyelamat kini masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang terselamat.
Tambahnya, angka kematian berkemungkinan terus meningkat berikutan operasi SAR masih dijalankan.
“Kami berharap mangsa yang tertimbus di bawah bumbung runtuh itu masih hidup,” katanya.
Sementara itu, Presiden Republik Dominika, Abinader turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga yang terlibat.
Dalam rakaman video tular dipercayai diambil dari kelab itu memaparkan orang ramai duduk di meja berhampiran pentas menyaksikan nyanyian Rubby Perez sebelum kejadian itu berlaku.
Sumber: BBC News