Siakap Keli
Bekas penyampai radio
Gambar: TikTok Linda Onn

Gelagat “On Air” Bekas-Bekas Penyampai Radio Undang ‘Rindu’ Netizen

Gelagat “On Air” Bekas-Bekas Penyampai Radio Undang ‘Rindu’ Netizen

Meskipun orang ramai sudah mula kembali bekerja selepas cuti Hari Raya Aidilfitri, namun masih ada yang mengambil peluang menziarahi rakan-rakan di bulan Syawal ini.

Dalam klip video yang dimuat naik oleh salah seorang bekas penyampai Radio terkenal era 2000-an, Linda Onn di akaun TikTok miliknya memaparkan, rumah terbuka yang dianjurkan di kediamannya.

Menariknya, rata-rata tetamu yang hadir adalah rakan-rakan seperjuangan dalam industri penyampai radio.

“Kepada yang pernah menjadi pendengar kami, inilah wajah-wajah yang pernah menghiburkan anda dulu.

“Bekas penyampai radio ERA, Suria dan Sinar. Ada yang masih ke udara.. ada yang sudah beralih arah,” kongsinya.

Antara penyampai dan bekas penyampai radio yang hadir ke majlis berkenaan adalah Halim Othman, Kudsia Kahar, Jamal Jamaludin, David Low, Khairil, Keiran, Pak Tam, Abby Fana, Tyzo, Zaff dan Naim.

@lindaonn

Kepada yang pernah menjadi pendengar kami.. inilah wajah wajah yang pernah menghiburkan anda dulu… ex penyampai Era, Suria dan Sinar. Ada yang masih keudara…ada yang sudah beralih arah. Halim Othman Kudsia Kahar Jamal Jamaludin David Low Khairil Kieran Pak Tam Abby Fana Tyzo Zaff Naim Terima kasih sudi datang beraya .. asal dapat berjumpa.. lengkap rasanya.

♬ original sound – Linda Onn – Linda Onn

Rindu Nak On Air

Sementara itu, dalam majlis berkenaan turut di isi dengan pelbagai aktiviti seperti bertukar-tukar pendapat, sesi bergambar termasuk gelagat ketika ‘On Air’ sewaktu bertugas sebagai penyampai radio.

Gelagat itu mengundang rindu warga maya yang membanjiri ruangan komen untuk melihat kembali para bekas penyampai radio terdahulu.

Malah, rata-rata netizen menyifatkan ‘gathering’ para penyampai radio itiu seolah-olah membawa kembali nostalgia mereka sewaktu kecil.

Berikut antara komen pengguna;

“Bestnya, rindu rasa zaman diaorang dulu. Khairil, Kieran, Linda onn, Halim Othman, JJ, Pak Tam, David Low, Kak Bed, Kudsia Kahar dan lain-lain. Best dan layan jer dengar,” komen seorang pengguna.

“Rindu dengan celoteh pagi Kieran dan Krill. Terima kasih hiburkan saya waktu dulu time hadap jem nak pergi kerja. Tak terasa jem tu lama. Tersengeh-sengeh sorang dalam kereta.,” kongsi seorang lagi.

“Ahhhh seronoknya! Saya generasi membesar dengan kalian, hadir,” komen seorang lagi.

“Membesar dengar celoteh mereka. Terima kasih guys. Selamat Hari Raya,” tulis seorang lagi.

Sumber: TikTok @Linda Onn

BACA: 11 Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini

BACA: Sekurang-Kurangnya 79 Terkorban Dalam Insiden Runtuhan Bumbung Kelab Malam

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: