Siakap Keli
dire wolf pupus dihidupkan
Gambar: TIME, Colossal Biosciences

Pupus 10,000 Tahun Lalu, Syarikat Dakwa Hidupkan Semula Serigala Purba ‘Dire Wolf ‘

Pupus 10,000 Tahun Lalu, Syarikat Dakwa Hidupkan Semula Serigala Purba ‘Dire Wolf ‘

Bagai dilahirkan semula, itulah gambaran terhadap tiga ekor serigala putih yang didakwa sebagai jelmaan spesies purba, dire wolf, yang pupus lebih 10,000 tahun lalu, lapor BBC.

Menurut, syarikat bioteknologi Colossal Biosciences, pihaknya mendakwa telah berjaya membiakkan tiga ekor anak ‘dire wolf’ melalui teknologi penyuntingan genetik dan DNA purba.

Tiga anak serigala itu dinamakan sebagai Romulus, Remus dan Khaleesi telah dihasilkan menggunakan teknik kejuruteraan genetik canggih.

Difahamkan, kaedah yang digunakan adalah menyunting kod DNA purba ke dalam sel serigala kelabu, haiwan terdekat secara genetik dengan dire wolf.

Walau bagaimanapun, ahli paleogenetik dari Universiti Otago, New Zealand, Dr Nic Rawlence berkata, haiwan tersebut bukanlah dire wolf sebenar, sebaliknya serigala kelabu yang telah diubah secara genetik.

“Dire wolf telah bercabang daripada serigala kelabu antara 2.5 hingga 6 juta tahun lalu. Ia berasal dari genus yang berbeza sama sekali daripada serigala kelabu.

“Colossal membandingkan genom dire wolf dan serigala kelabu, dan daripada kira-kira 19,000 gen, mereka dapati bahawa 20 perubahan dalam 14 gen memberi mereka ciri-ciri dire wolf,” katanya.

Gambar: Colossal Biosciences

Tambah beliau, penyelidik hanya mampu mengenal pasti ciri-ciri tertentu daripada DNA purba dan menyuntingnya ke dalam genom serigala kelabu.

Dalam erti kata lain, kaedah ini merupakan serigala hibrid yang menyerupai dire wolf.

Gambar: Colossal Biosciences

Menurut laporan Time, ketiga-tiga anak serigala tersebut dilahirkan melalui pembedahan caesarean yang dirancang untuk mengurangkan risiko komplikasi, yang mana embrio yang telah disunting telah dimasukkan ke dalam ibu tumpang anjing domestik.

Untuk makluman, serigala dire wolf dipercayai pupus lebih 10,000 tahun lalu pernah mendiami benua Amerika dan menjadi terkenal melalui watak fiksyen dalam siri Game of Thrones.

Selain usaha menghidupkan kembali dire wolf, Syarikat Colossal juga dalam usaha menghidupkan semula haiwan pupus lain seperti gajah berbulu (woolly mammoth) dan harimau Tasmania.

Sumber: BBC, TIME

BACA: 11 Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini

BACA: Sekurang-Kurangnya 79 Terkorban Dalam Insiden Runtuhan Bumbung Kelab Malam

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.