Rumah Terbuka Raya Roblox 2025 Raih Perhatian Ramai
Baru-baru ini tular satu klip video memaparkan Rumah Terbuka Raya diadakan dalam permainan atas talian.
Menerusi perkongsian TikTok milik Cikgu Zyd Gaming, Rumah Terbuka Raya Roblox 2025 diadakan di map Kembara Hangout pada 6 April (Raya Ketujuh) jam 10 malam.
Menariknya, dalam klip berkenaan, terdapat pelbagai rekaan seperti lemang, ketupat, rumah kayu dan pelbagai makanan disediakan dalam permainan berkenaan, tak ubah seperti Rumah Terbuka Aidilfitri di dunia nyata.
Rumah Terbuka Raya Roblox 2025 anjuran Tanah Melayu Roblox itu mendapat sambutan hangat oleh para pemain permainan yang hadir memeriahkan suasana ke dunia maya berkenaan.
“Patut la anak aku takda raya kedua, dia pergi rumah terbuka,” – Netizen
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut kagum melihat sambutan yang diadakan di dalam permainan itu.
Malah ada juga yang meluahkan untuk turut menyertai rumah terbuka itu dan berkongsi pengalaman masing-masing.
@cikguzyd Sambutan Hari Raya Aidifitri dalam Roblox 2025 meriah anjuran @tanahmelayu_roblox #cikguzyd #zydverse #robloxmalaysia #robloxraya #OpenHouseRoblox
Berikut antara komen netizen;
“Teringat dulu waktu sekolah ada habbo. Haha lebih kurang macam ni juga. Sekarang Roblox pula,” komen seorang pengguna.
“Patutlah anak aku cakap ada kawan dia jemput beraya! Rupanya dalam Roblox,” tulis seorang pengguna.
“Weii seronoknya,” luah seorang lagi.
IKEA UK Tawar Kerja Kosong Jaga Stor Maya Dalam “Game” Roblox
Terdahulu tular syarikat perabot terkemuka dunia, IKEA UK dilapor sedang mencari pekerja untuk menjaga stor maya miliknya dalam permainan Roblox.
“Kami berbangga menjadi jenama pertama yang menawarkan pekerjaan di dalam Roblox dan menunjukkan kepelbagaian karier yang kami tawarkan.
“Di IKEA, tiada laluan tetap untuk anda mengembangkan karier. Pekerja-pekerja kami bebas bertukar peranan, berpindah jabatan dan maju mengikut pilihan masing-masing. Sama ada dalam dunia dunia sebenar atau dalam dunia maya,” kata wakil IKEA UK dan Ireland.
Menurut CBS News, IKEA UK turut menawarkan gaji lumayan yang selari dengan gaji semasa iaitu sebanyak £13.15 (RM81) sejam.
IKEA UK tawar kerja kosong jaga stor maya dalam permainan Roblox, bayar gaji lumayan sejam RM81.
Sumber: TikTok Cikgu Zyd Gaming