Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
peluang kedua pembuli
Kredit: Bernama

Tiada Peluang Kedua Buat Pembuli – Asyraf Wajdi

Azizah Najib

Tiada Peluang Kedua Buat Pembuli – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) — Tiada peluang kedua atau rayuan akan diterima bagi salah laku buli di mana-mana institusi pendidikan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) termasuk di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata perkara itu telah ditegaskan beliau sejak dua tahun lepas lagi dan pelbagai pendekatan preventif dilakukan, termasuk kursus khas dengan kaunselor dan perjumpaan berkala dengan pengetua bagi mencegah kejadian buli daripada berlaku.

“Tidak ada ruang untuk kita bagi toleransi dalam hal ini, kita kena menamatkan semua pengajian (pelajar terlibat kes buli).

“Saya tidak mahu melayani rayuan sebab ini bukannya kita kena tunggu bagi amaran pertama, amaran kedua, saya dah beritahu ini dari dua tahun lepas lagi,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Amazing Syawal Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) 2025 di sini hari ini.

Sebelum ini, polis mengesahkan video tular berdurasi 1 minit 31 saat memaparkan seorang pelajar dibuli di asrama, berlaku di sebuah MRSM di Seberang Perai Selatan pada pertengahan tahun lepas.

Asyraf Wajdi turut mengesahkan MARA mula menerima lebih banyak aduan berkaitan kes buli di MRSM, selepas video berkenaan tular dan mahu kes seumpama itu terus dilaporkan orang ramai sama ada kepada pihaknya mahupun menerusi media sosial.

“Kita tidak boleh mewajarkan, menormalisasikan atau membenarkan sebarang perilaku buli dalam apa jua bentuk fizikal mahupun mental kerana ini akan memberi kesan jangka pendek dan jangka panjang kepada pembelajaran,” katanya.

Sumber: Bernama

BACA: Guru Guna AI Tunjuk Masa Depan Impian Setiap Murid

BACA: Tindakan Orang Ramai Bantu “Rider” Kutip Duit Atas Jalan Sentuh Hati