Siakap Keli
hujan negeri petang ini
Gambar: Bernama

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Lapan Negeri Petang Ini 

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Lapan Negeri Petang Ini 

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri hingga jam 6 petang ini.

Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah seluruh kawasan di Perlis, Terengganu dan beberapa daerah di Kedah, Perak, Pahang, Kelantan, Sarawak serta Sabah.

“Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Langkawi, Kuala Muda, Sik dan Baling. Manakala Perak hanya di daerah Hulu Perak.

“Bagi Kelantan, ia melibatkan daerah Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai. Sementara di Pahang hanya di Kuantan.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan termasuklah Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah (Tanjung Manis dan Daro) dan Miri (Telang Usan).

“Di Sabah pula melibatkan kawasan Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Tawau (Tawau),” maklum METMalaysia.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan untuk berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02VjekB4oJgKSweavTyYFzV9xB9wLWVP7nM4yHBGQKm7qitseea4DJqyZi3g58297sl

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: Tun M Dijangka Buka Kapsul Masa Ahad Ini

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.