Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Beberapa Kawasan Di Puchong Dinaiki Air Pagi Ini

Iqbal Yasir
kawasan puchong dinaiki air
Gambar tular

Beberapa Kawasan Di Puchong Dinaiki Air Pagi Ini

Beberapa kawasan di sekitar Puchong dilaporkan dinaiki air susulan hujan lebat sejak awal pagi tadi.

Difahamkan, antara kawasan terlibat termasuklah Kampung Bersatu Puchong, Kampung Seberang, Kampung Kuala Sungai Baru, Kampung Seri Aman, Kampung Tengah.

Dalam beberapa hantaran yang dimuat naik pengguna media sosial menyaksikan air mula memenuhi kawasan kediaman penduduk termasuk di beberapa jalan raya.

Keadaan ini mengakibatkan berlaku kesesakan trafik di beberapa lokasi jalan raya.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam satu muat naik turut memaklumkan, berlaku kesesakan trafik di sepanjang lebuh raya Puchong Selatan atau Puchong Jaya menghala ke USJ.

“Terdapat kenderaan penduduk yang di parkir di lorong kiri Kilometer (KM) S2.6 arah Barat dan di Plaza Tol Puchong Barat menyebabkan 2 lorong kiri terhalang susulan berlaku banjir kilat di kawasan bersebelahan lebuh raya,” maklum kenyataan itu.

Berikut antara perkongsian pengguna mengenai keadaan yang berlaku;

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri hingga jam 9 pagi ini.

Menurut kenyataan itu, seluruh kawasan di Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan diramal hujan.

Sementara di beberapa kawasan di negeri Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah juga dijangka hujan.

BACA: Kebakaran Putra Heights: Tidak Mahu Susahkan Sesiapa, Mangsa Baiki Sendiri Rumah Terjejas

BACA: Rombongan Hantar Jemaah Umrah Bertukar Tragedi, 7 Maut Akibat Kemalangan