Dikritik Bermain “Buruk”, Amorim Pertahan Onana
LYON — Ketua jurulatih Manchester United, Ruben Amorim mempertahankan penjaga gol utamanya, Andre Onana, meskipun dua kesilapan pemain itu membuarkan pasukannya terlepas kemenangan selepas terikat 2-2 dengan Olympique Lyonnais, awal pagi tadi.
“Jika anda lihat pada musim ini, saya sendiri telah melakukan lebih banyak kesilapan berbanding mereka dalam beberapa bulan ini.
“Tiada apa-apa yang boleh saya katakan kepada Onana ketika ini. Yang paling penting adalah dia perlu bangkit apabila tiba masanya. Saya yakin dengan Onana,” katanya.
https://www.facebook.com/fabrizioromanoherewego/posts/pfbid02VcLMXVEQUng8M44JpHNZjoZeJpY7VL9uoSgBmpP8nPQuXHKPYNPWJD3FN9iBH7jGl
Meskipun meluahkan The Red Devils sepatutnya membawa pulang kelebihan satu gol di tempat lawan, jurulatih kelahiran Portugal itu berkata mereka perlu fokus dalam aksi timbal balik di gelanggang sendiri pada minggu depan.
United Hampir Kejutkan Lyon Di Laman Sendiri
Dalam aksi suku akhir pertama Liga Europa itu, Onana dikritik hebat selepas gagal menangkap bola daripada sepakan percuma Thiago Almada pada minit ke 25.
Bagaimanapun, bek pertahanan muda, Leny Yoro berjaya menanduk masuk bola pada penghujung masa pertama untuk menjadikan kedudukan 1-1 sebelum masuk ke bilik persalinan.
Dalam separuh masa kedua, tuan rumah lebih banyak melakukan serangan ke gawang United namun berjaya di halang barisan pertahanan pelawat.
Sebaliknya, tuan rumah dikejutkan dengan gol Joshua Zirkzee pada minit ke-88 yang masuk sebagai pemain gantian.
Ketika kemenangan seakan menjadi milik United, Rayan Cherki muncul penyelamat Lyon untuk merembat bola ke gawang pelawat, susulan bola muntah daripada Onana.
Gol itu menyaksikan Manchester United terlepas kemenangan di saat-saat akhir permainan.
Untuk makluman, Manchester United menjadi satu-satunya pasukan yang belum tewas di kejohanan Eropah pada musim ini.
Anak-anak buah Amorim dijangka bertemu semula Lyon dalam aksi timbal balik di Old Trafford pada jam 3 pagi, 18 April, Jumaat ini.
Sumber: BBC