Siakap Keli
Helikopter Terhempas hudson
Gambar: AFP

Helikopter Terhempas Di Sungai Hudson, Enam Maut Termasuk Tiga Kanak-Kanak

Helikopter Terhempas Di Sungai Hudson, Enam Maut Termasuk Tiga Kanak-Kanak

NEW YORK, 11 April  — Sebuah helikopter terhempas di Sungai Hudson, New York pada Khamis mengorbankan kesemua enam orang termasuk tiga kanak-kanak, kata Datuk Bandar New York, Eric Adams.

Mangsa yang terbunuh termasuk juruterbang dan lima penumpang dipercayai merupakan satu keluarga dari Sepanyol.

Helikopter milik syarikat New York Helicopters itu berlepas pada 2.59 petang sebelum hilang kawalan dan terhempas ke dalam sungai berhampiran kawasan Lower Manhattan sekitar 3.15 petang waktu tempatan, kata pegawai berkuasa.

Pasukan penyelam dari Jabatan Polis New York (NYPD) dan Jabatan Bomba Bandaraya New York (FDNY) bertindak pantas mengeluarkan kesemua mangsa dari dalam air.

Empat daripada mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital berdekatan.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) memaklumkan bahawa helikopter terbabit merupakan model Bell 206.

FAA dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) akan menjalankan siasatan, dengan NTSB mengetuai penyiasatan.

Jurucakap NYPD turut memaklumkan bot-bot milik polis dikerahkan untuk membantu operasi menyelamat di Sungai Hudson.

Sumber: BERNAMA

BACA: Beberapa Kawasan Di Puchong Dinaiki Air Pagi Ini

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.