Siakap Keli
Majlis Graduasi di Universiti Jepun
Kredit: TikTok @addamshahh

Warga Malaysia Pelajar Terbaik, Wakili Fakulti Di Majlis Graduasi Universiti Jepun

Warga Malaysia Pelajar Terbaik, Wakili Fakulti Di Majlis Graduasi Universiti Jepun

Pakaian tradisional bukan sekadar penutup tubuh, malah ia merupakan lambang identiti, sejarah dan nilai budaya sesuatu bangsa.

Setiap helaian, corak dan rekaan yang digunakan membawa cerita silam serta menjadi simbol kepada asal usul dan jati diri seseorang.

Lebih istimewa, pakaian tradisional memberi ruang untuk kita menonjolkan kebanggaan terhadap warisan budaya โ€“ terutama apabila berada di pentas antarabangsa.

Itulah yang dilakukan oleh seorang graduan Malaysia, Adam, yang mengenakan baju Melayu lengkap bersamping dan bersongkok ketika menghadiri majlis konvokesyennya di Jepun.

Untuk info, Adam merupakan graduan dalam bidang Reka Bentuk Komuniti di Universiti Utsunomiya, Jepun.

Ketika majlis konvokesyennya, beliau telah terpilih sebagai wakil fakulti untuk menerima sijil.

Peluang ini kebiasaannya diberikan kepada pelajar cemerlang di sesebuah fakulti, berdasarkan prestasi akademik.

Istimewanya, momen itu menjadi lebih bermakna apabila beliau tampil dengan pakaian tradisional Malaysia.

Pengalaman berharga di Jepun

Sejak menetap di Jepun pada 2021, Adam telah melalui pelbagai cabaran menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu.

Namun begitu, beliau tetap teguh meraikan warisan tanah air dengan penuh bangga.

Menurut Adam, kos pendidikan untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana di Jepun adalah sangat tinggi.

Jumlah keseluruhan perbelanjaan pendidikan mencecah antara RM300,000 hingga RM400,000, tidak termasuk kos sara hidup bulanan sekitar RM4,000.

Walaupun begitu, pengalaman belajar di Jepun membuka peluang buatnya mempelajari budaya kerja masyarakat di sana โ€“ termasuk disiplin tinggi, etika komunikasi dan tatakelola yang cekap.

Adam juga berpeluang menyaksikan sendiri kehebatan sistem infrastruktur Jepun yang serba canggih dan berkualiti tinggi.

@addamshahh

End of an era ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿซฑ๐Ÿปโ€๐Ÿซฒ๐Ÿฝ๐Ÿ‡ฏ๐Ÿ‡ต p/s: elrah taknak sponsor ke baju raya๐Ÿ˜ฎโ€๐Ÿ’จ #japan #traveljapan #japanstudy #anakmelayudibumijepun

โ™ฌ bunyi asal – anakmelayudibumijepun – anakmelayudibumijepun

@addamshahh

Belum move on ๐ŸŽ“๐Ÿ—ฃ๏ธ #japan #traveljapan #anakmelayudibumijepun

โ™ฌ original sound – The Template Plug

“Tidak akan hilang bangsa Melayu di dunia ini…”

Perkongsian Adam memakai baju Melayu di majlis konvokesyennya itu menjadi tular di media sosial.

Ramai warga maya memuji tindakan beliau yang memperkenalkan budaya Malaysia di pentas antarabangsa dengan penuh bergaya.

“Aku universiti antarabangsa, bila jalan pakai baju melayu lengkap, confirm semua pandang. Aura baju melayu itu elegan dan powerful,

“Baju Melayu memang segak betul,”

“Aura baju Melayu ni terletak pada kolar tingginya dan berbutang batu. Bagi mereka, pakaian berkolar itu lambang adab dan gentleman,

“Budak pandai ni, di Jepun hanya pelajar paling perform ja jadi wakil satu batch,

BACA: Gelagat “On Air” Bekas-Bekas Penyampai Radio Undang ‘Rindu’ Netizen

BACA: Rumah Terbuka Raya Roblox 2025 Raih Perhatian Ramai

BACA: Rumah Putih: Tarif Tambahan 104 Peratus Ke Atas China Berkuat Kuasa Rabu

Sumber: @addamshahh via TikTok (1) (2)

Siti Nur Ain Natasya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: