Siakap Keli
Najib Razak
Gambar: FB Najib Razak

“Bagaikan abang dan teman rapat…” – Najib Razak

“Bagaikan abang dan teman rapat…” – Najib Razak

Negara malam ini dikejutkan dengan berita pemergian seorang tokoh besar yang pernah mengemudi tampuk pemerintahan Malaysia dengan penuh kesederhanaan, kelembutan dan integriti—Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Berita tentang pemergian Allahyarham cukup meruntun hati.

Tun Abdullah atau lebih dikenali rakyat sebagai “Pak Lah”, bukan sahaja seorang negarawan, tetapi juga seorang insan yang dekat di hati mereka yang pernah mengenalinya secara peribadi.

Dalam satu perkongsian, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Pak Lah sebagai abang dan teman rapat yang sentiasa ada saat susah dan senang.

Keikhlasan dan kesediaannya untuk membimbing, memberi nasihat dan menunjukkan jalan adalah sesuatu yang tidak pernah luput daripada ingatan mereka yang pernah bekerjasama dengannya.

“Pak Lah merupakan seorang sahabat, mentor dan pemimpin yang dihormati.

“Secara peribadinya, Pak Lah amat rapat dengan kami sekeluarga.

“Bagaikan abang dan teman rapat ketika susah dan senang.

“Sentiasa sudi membimbing, memberi nasihat dan tunjuk ajar, menunjukkan jalannya,” kata Najib.

Tambah Najib, dalam pentadbiran dan politik, Pak Lah cukup dikenali sebagai seorang pemimpin yang berpegang teguh kepada prinsip integriti.

“Kepimpinannya bukan sahaja berteraskan akauntabiliti malah mengutamakan kecemerlangan.

“Bersandarkan kepada semangat dan prinsipnya juga yang menjadi antara beberapa faktor mendorong kepada terlahirnya prinsip pentadbiran 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,” katanya.

https://www.facebook.com/share/p/15MdgT96EH/

BACA: Tun Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia

BACA: ‘Pak Lah’ Bukan Sekadar Pemimpin, Insan Berjiwa Besar Terapkan Naratif Baru Malaysia – Anwar

BACA: Kebun Durian: Ahli Parlimen Raub, Pengerusi SAMKA Ditahan

Sumber: FB Najib Razak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: