Siakap Keli
Amaran ribut petir
Sumber: METMalaysia

Amaran Ribut Petir Di 11 Negeri, 2 WP – METMalaysia

Amaran Ribut Petir Di 11 Negeri, 2 WP – METMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 1 pagi ini.

Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Kedah, Kelantan, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Selain itu, cuaca buruk ini juga dijangka melanda keseluruhan negeri Perlis, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya).

“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling.

“Manakala di Kelantan, daerah yang terlibat adalah Tumpat, Kota Bharu, Jeli, Bachok dan Pasir Puteh, selain daerah Raub, Bentong dan Temerloh di Pahang.

“Di Johor pula, daerah yang terlibat adalah Tangkak, Segamat, Muar, Kluang dan Mersing,” maklum METMalaysia.

Dalam pada itu, di Sarawak membabitkan daerah Samarahan (Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

Sementara di Sabah, daerah yang terlibat adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan dan Keningau), Tawau (Tawau dan Kunak), Sandakan (Tongod dan Beluran) dan Kudat (Pitas).

Orang ramai diminta waspada

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan untuk berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

BACA: Jalan Tutup 3 Hari: Orang Ramai Kongsi Keadaan Sesak Petang Ini

BACA: Presiden China Tiba Di Malaysia

BACA: Bendera Pahang Dikibar Separuh Tiang Esok, Penghormatan Pemergian Tun Abdullah

Sumber: METMalaysia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: