Presiden China Tiba Di Malaysia
Presiden China, Xi Jinping, selamat tiba di Malaysia petang ini bagi memulakan lawatan rasmi selama tiga hari atas jemputan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Ketibaan beliau sekitar jam 6.30 petang di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Turut dilihat hadir bersama adalah Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Untuk info, lawatan ini merupakan kunjungan rasmi kedua Xi Jinping ke Malaysia, selepas kali pertama beliau hadir pada Oktober 2013 dalam rangka lawatan negara.
https://www.instagram.com/reel/DIdvJc8Jk81/?igsh=MXNkdjR4YnRubXdkYQ%3D%3D&fbclid=IwY2xjawJrHTBleHRuA2FlbQIxMAABHnEktX4MgIKWeRkOUMkrV_dGXXQLmZ3ZcKpjwk0iytk08mjIO_kTkSfO2uY2_aem_QOCHjLeLLpu2lHUirKcrFA
BACA: Lelaki Cedera Diserang Sekumpulan Lelaki Bersenjata Parang Di Seremban
BACA: Kes Culik Di Negeri Sembilan: Mangsa Disorok Dalam Bagasi
BACA: Selamat Disemadikan, Ribuan Iringi Jenazah Tun Abdullah
Sumber: Berita RTM