Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
jenazah tun abdullah disemadikan
Kredit: Bernama

Selamat Disemadikan, Ribuan Iringi Jenazah Tun Abdullah

Azizah Najib

Selamat Disemadikan, Ribuan Iringi Jenazah Tun Abdullah

Jenazah tokoh negara, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menggalas tugas sebagai Perdana Menteri Malaysia Kelima selamat disemadikan di Makam Pahlawan Masjid Negara pada 2.30 petang, lapor Bernama.

Diiringi ribuan rakyat yang turut berduka, pengebumian Allahyarham dijalankan mengikut Istiadat Pengebumian Negara dengan dipimpin Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni. Seusai solat Zuhur, solat jenazah disertai barisan jemaah menteri selain Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malah, ahli keluarga Allahyarham turut menyertai solat jenazah yang didirikan.

Antara jemaah menteri yang menyertai solat jenazah termasuk Datuk Seri Mohamad Sabu, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Selepas selesai solat jenazah dijalankan, jenazah Allahyarham kemudian dibawa keluar dari dewan solat oleh kumpulan pengusung pegawai Angkatan Tentera Malaysia dan polis.

Jenazah diusung ke Makam Pahlawan untuk dikebumikan mengikut Istiadat Pengebumian Negara. Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni turut mengetuai bacaan tahlil dan talkin.

Menerusi siaran majlis pengebumian, balu Allahyarham, Tun Jeanne Abdullah turut hadir di samping anak dan menantu Allahyarham.

Terdahulu, ribuan orang awam mula membanjiri dewan solat seawal 10 pagi bagi memberi penghormatan akhir buat Allahyarham. Upacara yang pada awalnya dijadualkan pada jam 11 pagi itu juga dihadiri beberapa ahli politik, tokoh negara dan diplomat asing.

Turut hadir, bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan isteri, Ho Ching serta selebriti Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh.

Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi menghembuskan nafas terakhirnya ketika berusia 85 tahun. Berita duka pemergiannya pada jam 7.10 malam di Institut Jantung Negara (IJN) itu disampaikan oleh menantunya, Khairy Jamaluddin menerusi hantaran di laman Instagram malam tadi.

Sebelum ini, IJN telah memaklumkan Allahyarham dimasukkan ke hospital pada pagi Ahad akibat kesukaran bernafas.

Sumber: Bernama (1) (2), Astro Awani

BACA: Tun Abdullah Berjasa, Beri Bantuan Kepada Pesakit Kanser – Hisham

BACA: PM Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Tun Abdullah Di Masjid Negara