Asian EV Motion 2025: Era Baharu Mobiliti Mampan Dirasmi Di Johor, Malaysia
Johor, 15 April 2025 — Asia EV Motion 2025, sebuah pameran utama yang didedikasikan untuk masa depan mobiliti tenaga baharu dan mampan, telah dilancarkan secara rasmi hari ini oleh YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, di fasiliti Sun Bus Tech di Senai Airport City, Johor. Pelancaran pameran yang berlangsung selama tiga hari ini turut disaksikan oleh Encik Mohamad Reduan, Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Johor, dan Encik Ng Kuan Khai, Konsul Jeneral Singapura di Johor, bersama pemimpin industri, wakil kerajaan dan rakan kongsi serantau.
Berlangsung dari 15-17 April 2025, Asia EV Motion adalah pameran dengan kerjasama strategik di antara empat syarikat perintis iaitu Sun Bus Tech Sdn Bhd (Sun Bus Tech), Mobilus Sdn Bhd (Mobilus), CNIM Singapura Ltd (CNIM) dan China City Industrial Group Co., Ltd. (CCIG). Pakatan strategik ini mengintegrasikan kepakaran meluas, teknologi termaju dan inovasi terkemuka dalam industri untuk meletakkan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam mobiliti tenaga baharu.
Menurut YB Tuan Ling Tian Soon, Kerajaan Negeri berbesar hati mengalu-alukan ekspo antarabangsa yang penting ini ke Malaysia di mana ia mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh pengangkutan mampan dalam membentuk masa depan negara. “Kami memuji kerjasama berwawasan antara Sun Bus Tech, Mobilus, CNIM, dan CCIG dalam memacu ke hadapan penyelesaian mobiliti tenaga baharu yang inovatif. Inisiatif seperti Asia EV Motion mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab pengangkutan yang terkemuka, berdaya saing dan mampan di Asia Tenggara.”
Asia EV Motion yang mewakili pakatan empat syarikat, menekankan misinya dengan menyatakan, “Kerjasama ini dibina atas komitmen kami bersama untuk merintis penyelesaian mobiliti mampan. Dengan menghimpunkan teknologi dan kepakaran termaju, kami berhasrat untuk memacu Malaysia dan rantau ini ke arah ekosistem pengangkutan yang lebih bersih dan cekap. Pameran ini menggariskan visi kami dan penyelesaian ketara yang kami tawarkan kepada pasaran.” kata Encik Simone Tassi, Ketua Pegawai Eksekutif EV Mobility.
Pameran ini menampilkan penyelesaian pengangkutan yang inovatif, mengetengahkan bas bandar elektrik, sistem transit aliran autonomi (ART), dan kenderaan utiliti elektrik termaju, menggariskan kemajuan ketara dalam teknologi pengangkutan moden.
Tumpuan utama pameran tersebut adalah kenderaan ART, yang dihiasi dengan karya seni unik hasil lukisan 20 kanak-kanak Malaysia dan 20 kanak-kanak Singapura. Projek kreatif ini mengetengahkan intipati keterhubungan rentas sempadan dengan menggambarkan Johor Bahru melalui perspektif kanak-kanak Singapura dan Woodlands seperti yang dilihat oleh kanak-kanak Malaysia. Projek itu adalah simbolik kepada ikatan yang teguh dan pertukaran budaya antara dua bandar serta menggambarkan bagaimana kemajuan sistem pengangkutan mengubah corak perjalanan harian tetapi juga bagaimana generasi akan datang dari Johor Bahru dan Woodlands bertemu, berinteraksi dan membina hubungan yang berkekalan.
“Johor berbangga menjadi tuan rumah Asia EV Motion 2025 yang selari dengan visi kami di bawah Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ). Kerjasama strategik ini bukan sahaja membawa teknologi canggih ke rantau kami tetapi juga menjana peluang ekonomi dan pekerjaan yang mengukuhkan peranan Johor dalam inovasi perindustrian serantau,” tambah YB Tuan Ling Tian Soon.
“Pakatan strategik di antara Sun Bus Tech, Mobilus, CNIM, dan CCIG ini selari dengan peralihan Malaysia kepada pengangkutan mampan,” kata Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). “Kerjasama ini secara langsung menyokong Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional kami dengan mempromosikan pengangkutan bersih, mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi dan meningkatkan kekuatan industri kami. MIDA bersedia untuk memudahkan pelaburan sedemikian yang menggabungkan inovasi teknologi dengan pertumbuhan ekonomi yang mampan, mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi untuk penduduk tempatan dan meletakkan Malaysia sebagai peneraju dalam mobiliti hijau.”
Acara itu mempamerkan penyelesaian mobiliti yang inovatif, termasulah bas elektrik, teknologi bateri termaju dan penyelesaian pengangkutan boleh ubah usai, menggariskan kemajuan industri ke arah kelestarian alam sekitar dan kecemerlangan pembuatan termaju. Asia EV Motion 2025 yang berlangsung sehingga 17 April ini turut menawarkan pengalaman masa depan pengangkutan mampan yang menakjubkan kepada semua pengunjung.
Pengunjung dijemput untuk menyaksikan ikatan bermakna ini sekaligus meraikan masa depan yang dibentuk oleh inovasi, kerjasama dan persefahaman bersama. Untuk maklumat lanjut mengenai pameran ini, orang ramai dialu-alukan untuk memuat turun katalog rasmi di sini: https://bit.ly/3GhCwEe