Siakap Keli
Jumbo
Kredit: Dateline

Filem Animasi Indonesia, “Jumbo” Raih Kutipan Tertinggi Di Asia Tenggara

Filem Animasi Indonesia, “Jumbo” Raih Kutipan Tertinggi Di Asia Tenggara

Filem animasi Indonesia, “Jumbo” menjadi filem animasi Asia Tenggara dengan kutipan tertinggi, iaitu lebih daripada US$8 juta (kira-kira RM35,324,000), lapor portal Deadline.

Dihasilkan oleh Visinema Studios, filem ini telah ditayangkan pada 31 Mac lalu dan berjaya mengatasi rekod kutipan yang sebelum ini dipegang oleh “Mechamato Movie” dari Malaysia, di mana meraih jumlah kutipan sebanyak AS$7.68 juta pada tahun 2022.

Filem “Jumbo” turut mencatat lebih daripada 3.2 juta jumlah tontonan sejak ia ditayangkan, dengan hampir 1 juta tontonan direkodkan sepanjang hujung minggu pada 12 hingga 13 April.

Menurut portal Deadline, rekod filem ini telah mengatasi filem Hollywood iaitu “Moana 2” untuk menjadi filem animasi kedua dengan kutipan tertinggi di pawagam Indonesia, manakala “Frozen 2” masih kekal sebagai pendahulu sepanjang masa.

“Moana 2” mencatatkan sebanyak 3.1 juta tontonan sejak tayangannya pada November 2024, namun Jumbo berjaya melepasi pencapaian tersebut dalam tempoh hanya dua minggu.

“Jumbo” kini dalam persiapan untuk tayangan antarabangsa, namun hak pengedaran di beberapa wilayah utama seperti China, Amerika Utara, Eropah Barat dan Australia masih belum diperoleh.

Sinopsis dan pemilik suara disebalik filem “Jumbo”

Filem ini mengisahkan watak utama, Don, seorang anak yatim yang sering dibuli dan digelar “Jumbo” kerana saiz badannya yang besar.

Difahamkan, dia memiliki sebuah buku cerita yang diwarisi daripada kedua-dua ibu bapanya, di mana penuh dengan lukisan serta kisah-kisah ajaib.

Don kemudiannya bertemu dengan Meri, seorang pari-pari yang memerlukan bantuannya untuk bersatu semula dengan keluarganya.

Filem “Jumbo” diarahkan oleh Ryan Adriandhy, yang turut menulis skrip bersama Widya Arifianti.

Antara barisan pelakon suara untuk filem ini termasuk penyanyi Indonesia iaitu Ariel, Prince Poetiray, Muhammad Adhiyat, Graciella Abigail, Yusuf Ozkan dan Quinn Salman.

Mendapat sambutan luar biasa dari penonton Indonesia

Menurut portal Tempo, kejayaan “Jumbo” dijangka akan terus berkembang dengan pelancaran global yang akan datang di beberapa negara, termasuk Singapura, Malaysia, dan Brunei Darussalam pada bulan Jun.

Pencapaian ini merupakan satu kejayaan yang amat bermakna bagi lebih 420 animator dan pencipta Indonesia yang terlibat dalam projek ini, yang telah dibangunkan selama lima tahun sejak awal 2020.

“Melihat sambutan yang luar biasa daripada para penonton Indonesia menjadikan setiap cabaran yang kami lalui sepanjang lima tahun ini sangat bermakna,” kata penerbit “Jumbo”, Angga Kharisma.

BACA: Pembunuh Ditemukan Maut Ditikam Dalam Penjara

Sumber: Deadline, Tempo

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.