Wanita Kongsi Nilai Semasa Gelang Emas Lama, Buat Ramai Tergamam
Emas bukan sekadar barang perhiasan yang digayakan di hari raya atau dijadikan hantaran masa kahwin.
Ramai sebenarnya tak sedar tentang satu bentuk simpanan yang cukup hebat sejak zaman nenek moyang kita lagi — iaitu simpan emas.
Baru-baru ni, satu perkongsian tular di media sosial berjaya buat ramai netizen terkejut apabila seorang wanita berkongsi nilai semasa seutas gelang emas yang sudah disimpan sejak 2002.
Dalam perkongsian itu, dia mendedahkan bagaimana gelang emas yang dibeli lebih 20 tahun lepas, kini memberi pulangan yang sangat lumayan.
Bayangkan, dalam tempoh 23 tahun, harga emas naik mencanak, dah macam harta karun.
“Beli emas tahun 2002 dengan harga RM2,314. Hari ni, tahun 2025, jual balik dapat RM18,718.
“Untung bersih RM16,404 tanpa buat apa-apa—hanya peram emas je.
“Dalam 23 tahun, harga emas naik kaw-kaw. Beli emas tak pernah rugi, cuma orang je lambat sedar,” tulisnya.
@fieshagold “Jual balik emas ni memang makcik kayooo! 😍✨ Beli emas tahun 2002 dengan harga RM2,314 🔥 Hari ni, tahun 2025, jual balik dapat RM18,718! 😱📈 Untung bersih RM16,404 tanpa buat apa-apa—hanya peram emas je! Dalam 23 tahun, harga emas naik kaw-kaw! Beli emas tak pernah rugi, cuma orang je lambat sedar… termasuklah Fiesha dulu! 🤦♀️😆 Bila jumpa macam-macam client, dari situ baru Fiesha banyak belajar kenapa simpan emas tu penting. Kalau dulu tahu, confirm dah kumpul banyak! Tapi takpe, belajar & mula sekarang lagi baik dari tak mula langsung. 😉 Emas bukan untuk kaya cepat, tapi untuk kaya selamat. Jom mula dengan serendah RM10 je hari ni! 💰✨ #SimpanEmas FieshaGold”** #SimpanEmas FieshaGold” Jom daftar akaun emas percuma https://gbgold.my/join/GB10320 #emasterpakai #emaslelong #jualsuratpajak #kedaiemas
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian itu ternyata mengundang pelbagai reaksi daripada warganet.
Ramai yang terkejut dan tidak menyangka nilai emas boleh meningkat sebegitu tinggi dalam tempoh masa yang panjang.
Malah, ramai juga yang meluahkan rasa menyesal kerana tidak mula menyimpan emas lebih awal.
Harga emas naik lagi, catat rekod baharu
Untuk info, harga emas sekali lagi melonjak naik dan melepasi paras tertinggi terdahulu dengan mencatatkan rekod baharu pada Isnin, seperti dilapor AFP.
Berikutan USD semakin melemah, harga emas kini mencapai paras tertinggi baharu iaitu USD3,245.75 (RM14,317) seaun.
BACA: Harga Emas Catat Rekod Tertinggi
BACA: Harga Emas Naik Lagi, Catat Rekod Baharu
BACA: Anwar Kongsi Momen Bersama Pak Lah
Sumber: TikTok @fieshagold