Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
emas catat rekod tertinggi
Kredit: BSS/AFP

Harga Emas Catat Rekod Tertinggi

Azizah Najib

Harga Emas Catat Rekod Tertinggi

Hong Kong – Emas melonjak ke paras tertinggi pada Jumaat apabila pasaran sekali lagi ‘dilanda panik’ susulan China membalas tindakan terbaharu Trump yang menaikkan tarif terhadap ekonomi negara itu.

Memetik AFP, dolar AS yang melemah dan permintaan terhadap aset selamat turut mendorong harga emas melambung ke paras tertinggi yang baharu iaitu melebihi USD3,220 (RM14,238) seaun.

Selain itu, keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) untuk menangguhkan cukai import yang tinggi selama 90 hari mencetuskan kekacauan dalam pasaran ekuiti yang telah merudum sejak pengumuman ‘Hari Pembebasan’ beliau.

Namun, kesedaran bahawa tiada apa yang dapat diselesaikan, ditambah dengan keputusan Trump bagi mempertingkatkan perang kuasa ekonomi terhadap China, sekali lagi mencetuskan gelombang penjualan aset AS.

Pelabur mula menjual mata wang yang biasanya dianggap sebagai mata wang selamat iaitu dolar AS berikutan ingin menjual aset berisiko dari AS.

Selepas lonjakan besar pada Khamis berikutan penangguhan tarif selama 90 hari, pasaran di seluruh rantau kembali merosot dengan ketara pada hujung minggu.

Sementara itu, pasaran saham Tokyo jatuh tiga peratus sehari selepas melonjak lebih sembilan peratus manakala Sydney, Seoul, Singapura, Wellington dan Bangkok turut mencatatkan kerugian.

Namun, pasaran Hong Kong dan Shanghai melonjak naik apabila pedagang memberi tumpuan kepada kemungkinan langkah rangsangan ekonomi dari China. Beijing berkata awal pagi Jumaat bahawa kerajaan bakal melaksanakan dasar monetari sederhana longgar dalam usaha menenangkan para pelabur.

Pasaran London dan Paris mencatatkan peningkatan pada waktu pagi namun keuntungan awal Frankfurt terhapus.

Dalam pada itu, terdapat peningkatan dalam saham Taipei dan Ho Chi Minh apabila pemimpin Taiwan dan Vietnam bakal mengadakan perbincangan bersama Trump. Pasaran Manila, Mumbai dan Jakarta turut mencatatkan kenaikan.

Trump berkata, beliau mahu menggunakan tarif untuk menyusun semula ekonomi dunia dengan memaksa pengeluar membina pangkalan di AS, selain memaksa negara lain mengurangkan halangan perdagangan terhadap barangan AS.

Sumber: AFP

BACA: Perancis Umum Rancangan Untuk Iktiraf Negara Palestin

BACA: China Akan Kenakan Tarif Barangan 125 Peratus Terhadap AS