Terkini

Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
TIBI 10 KLUSTER BAHARU
Kredit Gambar: Bernama

Tibi: 10 Kluster Baharu Di Tujuh Negeri, Johor Catat Kes Tertinggi

BERNAMA

Tibi: 10 Kluster Baharu Di Tujuh Negeri, Johor Catat Kes Tertinggi

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Sebanyak 10 kluster baharu Tuberkulosis atau tibi dikesan di tujuh negeri setakat Sabtu lepas dengan Johor mencatatkan kes tertinggi, iaitu 37 kes, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata kes di Johor melibatkan 29 kanak-kanak dan lapan dewasa dengan indeks kes daripada satu kluster seorang wanita berusia 72 tahun di Kota Tinggi.

Daripada keseluruhan kes itu, Dzulkefly berkata 36 daripadanya dikesan secara aktif menerusi inisiatif pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) turun ke kawasan untuk melakukan ujian dan pengesanan kontak.

“Daripada pengesanan kontak sehingga 7 Feb, kita telah mengenal pasti 903 kontak rapat yang telah menjalani saringan dengan sesiapa yang mempunyai simptom terus diberikan rawatan di fasiliti KKM.

“Semua kes dilaporkan telah dimulakan rawatan dan dipantau, iaitu rawatan pemerhatian langsung (DOTS) secara harian di fasiliti kesihatan terdekat,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Dzulkefly menjawab soalan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) mengenai status terkini kluster tibi mengikut negeri serta jumlah kes aktif yang masih dipantau dan langkah saringan serta kawalan khusus yang dilaksanakan bagi mencegah penularan.

Selain itu, beliau berkata Selangor menjadi negeri merekodkan kes tibi kedua tertinggi dengan 10 kes dilaporkan melibatkan empat kluster manakala Sabah (lima kes, satu kluster), Pahang (empat kes, satu kluster), sementara masing-masing dua kes dan satu kluster di Kedah, Kelantan serta Perlis.

Dzulkefly berkata saringan simptom dijalankan KKM antaranya batuk berpanjangan, demam, hilang selera makan, susut berat badan secara mendadak dan pemeriksaan klinikal paru-paru.

Menjawab soalan tambahan Dr Ahmad Yunus mengenai keberkesanan imunisasi dalam menangani kes seperti tibi, Dzulkefly berkata imuniti kelompok melalui Program Imunisasi Kebangsaan merekodkan hampir 99 peratus kanak-kanak telah mendapat imunisasi.

“Bagi bayi daripada keseluruhan hampir 500,000 kelahiran yang didaftarkan setiap tahun, liputan (imunisasi) melindungi jangkitan tibi dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini memang menepati sasaran,” katanya.