Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
kerajaan kawal kenaikan harga rumah
Kredit: Bernama
Kerajaan Tetapkan Siling RM300,000, Pemetaan Harga Kawal Kenaikan Harga Rumah

BERNAMA

Kerajaan Tetapkan Siling RM300,000, Pemetaan Harga Kawal Kenaikan Harga Rumah

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Kerajaan meningkatkan langkah kawalan harga rumah menerusi tiga inisiatif utama dalam usaha untuk memastikan rakyat terus mempunyai akses kepada kediaman yang mampu dimiliki.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu berkata antara langkah tersebut ialah penetapan harga siling rumah mampu milik pada kadar RM300,000 di bawah Dasar Perumahan Mampu Milik Negara.

Selain itu, beliau berkata kementerian turut melaksanakan pemetaan harga rumah mampu milik bagi memastikan harga ditetapkan selaras dengan kemampuan rakyat setempat.

“(Kerajaan) melaksanakan pemetaan harga rumah mampu milik berdasarkan pendapatan median mengikut negeri dan daerah hasil daripada Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah pada 2024.

"Pemetaan ini menjadi rujukan bagi penetapan harga rumah di satu-satu lokaliti dan boleh diakses di papan pemuka maklumat rumah mampu milik di laman web Malaysian Urban Observatory (MUO),” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan asal Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit) mengenai langkah kerajaan dalam mengawal kenaikan mendadak harga rumah pada ketika ini yang membebankan pembeli rumah pertama.

Aiman Athirah berkata kementerian turut memperketat pemantauan pemajuan perumahan menerusi pelaksanaan Sistem Pengurusan Perumahan Bersepadu (HIMS) yang memproses sepenuhnya permohonan lesen pemajuan perumahan serta permit iklan dan jualan secara dalam talian.

Beliau berkata sistem itu menjadi mekanisme utama pengumpulan data perumahan untuk tujuan pengurusan, pemantauan dan pelaporan, selain membolehkan intervensi awal dilaksanakan terhadap projek yang lewat atau berisiko.

Selain itu, beliau berkata menurut laporan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), harga rumah di Malaysia menunjukkan trend peningkatan apabila Indeks Harga Rumah Malaysia bagi separuh pertama 2025 mencatatkan 227.3 mata dengan harga purata RM490,376 seunit.

Pada masa sama, kerajaan turut memperkukuh usaha membantu pembeli rumah pertama memiliki kediaman sendiri menerusi Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) yang menyediakan jaminan pembiayaan sehingga RM500,000, khususnya kepada golongan B40 dan M40 termasuk individu berpendapatan tidak tetap.

Beliau berkata SJKP juga menawarkan pinjaman perumahan sehingga 120 peratus kepada pembeli rumah pertama, selain menyediakan skim step-up financing yang membolehkan kadar faedah meningkat secara berperingkat mengikut keupayaan peningkatan pendapatan peminjam.

Sumber:BERNAMA