Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
harga emas
Kredit: Bernama

Harga Emas Meroket Ke Paras Tertinggi Hari Ini

Sofea

Harga emas melonjak ke paras tertinggi baharu melebihi USD5,500 (RM21, 560) pada Khamis.

Menurut AFP, harga minyak juga meningkat, namun pasaran saham merudum selepas Donald Trump meningkatkan ketegangan geopolitik dengan ancaman serangan ketenteraannya ke atas Iran.

Dalam masa sama, harga perak mencapai tahap tertinggi, yang dibantu oleh dolar yang lebih lemah. 

Peningkatan ini juga dicetuskan oleh spekulasi bahawa Trump gembira melihat mata wang rizab dunia semakin lemah. 

Pengumuman dasar Rizab Persekutuan tidak banyak memberi inspirasi kepada pembelian, walaupun pemerhati berkata pedagang optimis bahawa kadar faedah akan turun tahun ini ketika Trump bersedia untuk menamakan pilihannya sebagai gabenor seterusnya.

Harga emas terus melonjak

Jongkong emas melonjak lebih daripada USD300 pada satu ketika, mencecah paras tertinggi USD5,588.71 selepas presiden berkata Tehran perlu berunding bagi mencapai perjanjian berhubung program nuklearnya,, yang menurut Barat bertujuan menghasilkan senjata atom.

Stephen Innes berkata lonjakan emas menunjukkan kebimbangan struktur yang lebih mendalam.

"Selepas menembusi paras AS$5,500 pada awal dagangan Asia, emas bukan lagi diniagakan seperti komoditi. Ia kini diniagakan seperti satu referendum. Bukan mengenai inflasi. Bukan mengenai kadar faedah. Tetapi mengenai kepercayaan.

"Emas ialah cerminan songsang kepada keyakinan. Apabila kepercayaan terhadap keselarasan dasar semakin lemah, emas berhenti berfungsi sebagai pelindung nilai dan sebaliknya bertindak sebagai alternatif. Itulah yang sedang kita saksikan sekarang.

"Ini bukan ketakutan terhadap kemelesetan. Ini adalah keraguan terhadap pengurusan mata wang fiat," katanya.

Ketegangan yang semakin memuncak mendorong harga minyak meningkat — dengan WTI berada pada paras tertinggi sejak September manakala Brent mencatat paras yang tidak dilihat sejak Ogos.

Pasaran ekuiti merosot

Pasaran ekuiti pula merosot dan menyaksikan Tokyo, Hong Kong, Shanghai, Sydney dan Seoul menerajui kejatuhan.

Pasaran Jakarta menjunam lapan peratus, melanjutkan kejatuhan pada Rabu selepas penyusun indeks MSCI menggesa pengawal selia meneliti isu pemilikan dan memaklumkan ia akan menangguhkan penambahan saham Indonesia ke dalam indeksnya atau meningkatkan pemberatannya.

Dolar kekal di bawah tekanan terhadap mata wang setaranya, walaupun selepas Setiausaha Perbendaharaan Bessent memberitahu CNBC bahawa Amerika Syarikat sentiasa mempunyai dasar dolar yang kukuh.