Siakap Keli
Arsenal Singkir Real Madrid Bernabeu
Gambar: AFP

Arsenal Singkir Real Madrid Di Santiago Bernabeu

Arsenal Singkir Real Madrid Di Santiago Bernabeu

MADRID — Arsenal menamatkan impian Real Madrid untuk mempertahankan kejuaraan Liga Juara-Juara (UCL) apabila mencatat kemenangan 2-1 di Santiago Bernabeu, sekali gus melangkah ke separuh akhir penuh bergaya dengan agregat 5-1, lapor AFP.

Turun dengan kemenangan besar 3-0 di Stadium Emirates minggu lalu memberi kelebihan selesa kepada skuad Mikel Arteta, sekaligus membawa skuad itu mara dalm kelompok emmpat terbaik pertama sejak 2009.

Sejak awal babak pertama, The Gunners berpeluang untuk berada di hadapan selepas dihadiahkan sepakan penalti, namun gagal disempurnakan Bukayo Saka.

Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling melakukan serangan ke arah gawang lawan namun berakhir tanpa sebarang jaringan.

Saka menebus kesilapannya dengan menjaringkan gol pertama pelawat pada minit ke-65.

Bagaimanapun, tuan rumah tidak menunggu lama apabila Vinicius Junior menyamakan kedudukan untuk Madrid dua minit kemudian.

Los Blancos yang terkenal dengan aksi ‘comeback’ seakan tidak berdaya mengekang asakan pelawat apabila Gabriel Martinelli menghancurkan impian tuan rumah untuk bangkit dengan gol kedua pelawat pada penghujung masa kecederaan.

Gambar: AFP

“Kami tahu kami akan berdepan kesukaran tetapi kami juga tahu kami akan menang.

“Ia adalah malam yang sangat istimewa untuk kelab ini, malam bersejarah… kami mahu menjuarai pertandingan ini,” kata Declan Rice, yang menjaringkan dua sepakan percuma menakjubkan pada perlawanan pertama, kepada TNT Sports.

Akui Arsenal pasukan yang lebih baik – Courtois

Sementara itu, juara bertahan itu tampil goyah berbanding prestasi musim lalu apabila mereka menjulang gelaran La Liga dan Liga Juara-Juara.

“Kami tewas kepada pasukan yang lebih baik dan perlu menerimanya,” kata penjaga gol Madrid, Thibaut Courtois kepada Movistar.

Kemenangan ini menyaksikan Arsenal bakal menentang Paris Saint-Germain (PSG) manakala Inter Milan bakal bertemu Barcelona di separuh akhir nanti.

Sumber: AFP via France24

BACA: Aston Villa Hampir Kejutkan PSG

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.