Siakap Keli
Aston Villa Kejutkan PSG
Gambar: AFP

Aston Villa Hampir Kejutkan PSG

Aston Villa Hampir Kejutkan PSG

BIRMINGHAM — Harapan Paris Saint- Germain (PSG) untuk menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) buat kali pertama masih bersinar biarpun hampir dikejutkan dengan kebangkitan 3-2 Aston Villa (PSG menang dengan agreget 5-4) dalam aksi penuh dramatik suku akhir kedua di Villa Park, awal pagi Rabu, lapor AFP.

Skuad kendalian Luis Enrique bermula dengan cemerlang di laman lawan selepas dua jaringan awal daripada Achraf Hakimi dan Nuno Mendes pada awal babak pertama, menjadikan agregat 3-1.

Bagaimanapun, tuan rumah enggan mengaku kalah dengan jaringan Youri Tielemans sebelum tamat babak pertama, menghidupkan semula harapan kelab Inggeris itu.

Kembali pada babak kedua, Villa semakin bernafsu dalam memburu gol. Hasilnya, John McGinn dan Ezri Konsa berjaya menjaringkan dua gol dalam tempoh dua minut berselang untuk mengubah skor kepada mendahului 3-2.

Dalam pada itu, Luis Enrique mengakui bahawa bukan mudah untuk berada hingga ke tahap ini, dan memuji permainan anak buahnya meskipun tewas.

“Ini adalah tahap yang perlu kami capai dan saya mahu bina pasukan ke arah itu.

“Saya rasa perlawanan ini membuatkan kami lebih matang dan bersedia bersaing pada tahap lebih tinggi.

“Secara keseluruhan dua perlawanan, kami layak menang dan sangat gembira kerana berjaya mara ke separuh akhir buat tahun kedua berturut-turut,” katanya.

Meskipun berjaya merapatkan agregat gol, Villa gagal memburu sebarang gol tambahan apabila beberapa serangan berbahaya tuan rumah berjaya digagalkan penjaga gol PSG Gianluigi Donnarumma.

Kemenangan ini menyaksikan PSG bakal bertemu dengan pemenang di antara Arsenal dan Real Madrid yang bakal beraksi pada awal pagi nanti.

Sementara itu, Barcelona pula bakal bertemu sama ada Inter Milan atau Bayern Munich pada peringkat separuh akhir selepas menewaskas Brussia Dortmund dengan agregat 5-3.

Sumber: AFP

BACA: Guna “Aircond” Semalaman Boleh Jejas Kesihatan, Ini Penjelasan Doktor

BACA: Mekanik Dedah Cara Paling Mudah Periksa “Brake Pad” Kereta

BACA: UITM Perjelas Pelajar Berpakaian Seperti Kumpulan Pelampau Untuk Tujuan Tugasan Akademik

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: