Siakap Keli
aunty hantar ke MRT
Kredit: @fzhr__ via TikTok

Gadis Terlepas Bas, “Aunty” Baik Hati Hantar Ke MRT

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Gadis Terlepas Bas, “Aunty” Baik Hati Hantar Ke MRT

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dan istimewa kerana keunikan masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya.

Kepelbagaian ini bukan sahaja menjadi kekuatan utama negara, malah mencerminkan keindahan perpaduan yang terjalin dalam kehidupan seharian rakyat.

Selain itu, rakyat Malaysia sering menunjukkan sikap prihatin dan bekerjasama antara satu sama lain. Tidak kiralah dalam kehidupan seharian, ketika menyambut perayaan ataupun sewaktu menghadapi musibah.

Sikap ini menunjukkan bahawa perpaduan dan kasih sayang sesama manusia masih kukuh dalam kalangan rakyat kita.

Gadis terlepas bas, “aunty” baik hati tumpangkan ke MRT

Itulah situasi yang dilalui seorang individu yang menjadi tular di media sosial. Ketika dia mahu menuju ke suatu tempat, berlaku satu insiden yang tidak mungkin dapat dilupakan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @fzhr__ di TikTok, gadis ini berkongsi pengalaman ketika dibantu oleh seorang wanita berbangsa Cina selepas terlepas menaiki bas.

Pada awalnya, kelihatan dia sedang membonceng motosikal bersama “aunty” berkenaan menuju ke stesen MRT, malah merakam perjalanan mereka sehingga tiba di destinasi.

Setibanya di MRT, “aunty” cuba membantu gadis tersebut dengan membuka topi keledar dan turut menyambutnya kembali untuk disimpan semula ke dalam raga motosikal.

@fzhr__ menjelaskan wanita itu perasan dia sudah mula berlari ketika melintas jalan untuk mengejar bas, kemudian menawarkan bantuan dengan menumpangnya ke tempat tersebut.

Dalam video berasingan, gadis ini cuba memberi wang kepada individu yang telah membantunya sebagai tanda terima kasih. Namun begitu, “aunty” tersebut beberapa kali dilihat menolak pemberian yang dihulurkan olehnya.

Video berkenaan mendapat 52.7k tontonan setakat ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memuji tindakan tersebut dan berasa terharu melihat sikap tolong-menolong tanpa mengira kaum.

Dalam masa sama,  ramai juga yang mendoakan agar wanita itu dimurahkan rezeki dan sentiasa dilindungi.

@fzhr__

Aunty ini berbangsa cina . Dia offer untuk hantar ke MRT . Sebab bas tu dia dah nampak saya berlari nk melintas tapi apakan daya . Semoga aunty ni diberikan kesihatan yang baik dan punya rezeki yang tak disangka2 .🤲🏽😽 #fyppppppppppppppppppppppp #orangbaik #1malaysia🇲🇾 #motolegend

♬ suono originale – MusicSuperStore ✅

BACA: Ramai Puji Kreativiti Surau Ini Sediakan Tabung Infak “Rare”

BACA: Isu Berat Tapi Mudah Faham, Ini Penjelasan Paling Senang Nak Hadam Isu Tarif AS

Sumber: @fzhr__ via TikTok

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.