Siakap Keli
Tabung Infak
Kredit: @meriskkk via TikTok

Ramai Puji Kreativiti Surau Ini Sediakan Tabung Infak “Rare” 

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ramai Puji Kreativiti Surau Ini Sediakan Tabung Infak “Rare” 

Bersedekah merupakan salah satu amalan yang sangat dianjurkan dalam agama Islam.

Ia merupakan suatu tindakan yang memberi manfaat kepada orang lain, sama ada dalam bentuk wang, makanan, ilmu atau bantuan lain tanpa mengharapkan balasan.

Salah satu bentuk sedekah yang paling dekat dengan kita adalah sedekah yang disalurkan melalui tabung masjid. Ia sering menjadi saluran utama bagi umat Islam menyumbang kepada masyarakat, terutama dalam menjalankan aktiviti-aktiviti masjid.

Di samping itu, tabung masjid bukan hanya simbolik dalam mengumpulkan dana, namun turut menjadi penghubung antara masyarakat dengan masjid sebagai pusat ibadah dan pendidikan.

Lain dari yang lain, surau guna lori mainan sebagai tabung infak

Baru-baru ini, seorang lelaki berkongsi pengalamannya yang ‘unik’ sewaktu berada di dalam sebuah surau dipercayai sekitar Seksyen 4, Shah Alam.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @meriskkk di TikTok, kelihatan para jemaah sedang duduk di saf masing-masing sambil mendengar tazkirah dengan penuh khusyuk.

Lazimnya pada waktu tazkirah, tabung infak akan diagihkan mengikut barisan kepada jemaah, khusus bagi mereka yang ingin menghulurkan sedikit sumbangan. Namun begitu, rupa bentuk tabung yang disediakan oleh pihak surau telah menarik perhatian orang ramai.

Video berdurasi 10 saat memaparkan tabung lori mainan saiz mini sedang bergerak di atas karpet surau bersama nota bertulis, “Tabung Infaq Surau”.

Dalam masa sama, idea ini dianggap sangat bernas kerana memudahkan orang ramai menghulur tabung tersebut kepada individu lain. Turut kelihatan @meriskkk menggerakkan lori mainan berkenaan ke hadapan dan ke belakang sebelum menyerahkan kepada jemaah di sebelahnya.

Video berkenaan mendapat 295.9k tontonan setakat ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok berasa terhibur dengan video yang dikongsikan oleh lelaki ini. Dalam pada itu, ada yang menganggap menjadikan lori mainan sebagai tabung infak merupakan satu bentuk “marketing” yang bagus.

“Nasib baik dia (pihak surau) tak guna van jenazah… lagi penuh agaknya,” komen seorang wargamaya.

“Kalau lalu depan anak aku, kirim salam jela. Tak merasa orang sebelah nak main,” komen seorang lagi wargamaya.

BACA: Mekanik Dedah Cara Paling Mudah Periksa “Brake Pad” Kereta

@meriskkk

Selalu kalau lori bawa duit ni kena ada plan besar, ni takat angkut je 😂 #fyp #fypシ

♬ Eh eh eh eh ehh ehhhhh ehhhhh – Ako si Mon

Sumber: @meriskkk via TikTok

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.