Siakap Keli
sebab warna port usb
Gambar: Ugreen

Rupanya Ini Sebab Port USB Ada Warna Berbeza

Rupanya Ini Sebab Port USB Ada Warna Berbeza

Seperti yang diketahui, dunia kini mula bergantung kepada kecanggihan teknologi moden.

Pelbagai teknologi dan fungsi diperkenalkan dalam membantu urusan harian manusia.

Salah satunya Port USB, yang digunakan dalam sistem pengecasan gajet dan pemindahan data.

Namun, pasti ramai di antara kita perasan, terdapat beberapa warna yang berbeza pada port USB ini.

Sebenarnya apa maksud warna ini? Adakah ini mempunyai tujuan tertentu atau sekadar hiasan sahaja?

Sehubungan itu, SK hari ini akan berkongsikan maksud disebalik kod-kod warna pada port USB di bawah.

Gambar: Ai

Port USB Warna Putih

Port USB berwarna putih adalah versi paling awal dan melambangkan piawaian USB 1.x.

Ketika ia mula diperkenalkan pada tahun 1996, ia dianggap revolusioner kerana menyatukan pelbagai fungsi dalam satu port universal seperti papan kekunci, tetikus. Namun begitu, dari segi kelajuan, ia kini dianggap sangat perlahan.

Port ini hanya menyokong kelajuan antara 1.5 Mbps hingga 12 Mbps, dan jarang digunakan pada peranti moden kerana data yang dipindahkan dalam satu arah.

Port USB Warna Hitam

Port USB berwarna hitam pula merupakan edisi kedua dari versi original dan dikenali sebagai USB 2.0, atau Hi-Speed USB.

Berbanding versi terdahulu, USB 2.0 mampu membuat pemindahan data dengan sokongan kelajuan sehingga 480 Mbps, satu peningkatan ketara.

Walaupun teknologi ini sudah agak lama, port USB 2.0 masih banyak digunakan hari ini dan cukup berguna untuk sambungan peranti seperti tetikus, papan kekunci, mesin pencetak, mikrofon dan sebagainya.

Port USB Warna Biru

Sementara itu, Port USB berwarna biru (USB 3.0) pula dikenali sebagai SuperSpeed USB. Ia menawarkan pemindahan data berkelajuan tinggi, dengan sokongan sehingga 5 Gbps.

Port yang diperkenalkan pada tahun 2008 ini sangat sesuai digunakan untuk peranti seperti pemacu keras luaran atau mana-mana peranti yang menyokong pemindahan data USB 1,x hingga USB 3.0.

Lebih-lebih lagi ia boleh memindahkan data dalam kedua-dua arah secara serentak.

Port USB Warna Merah

Selain itu, port USB berwarna merah pula diklasifikasikan sebagai USB 3.2 atau merujuk kepada  port USB 3.1 Gen 2.

Diperkenalkan pada tahun 2017, port ini dapat mencapai kelajuan pemindahan data 10 Gbps sehingga 20 Gbps, menjadikannya yang terpantas dalam kalangan semua jenis USB.

Jika dahulu, port ini mungkin jarang ditemukan kerana hanya digunakan pada peranti kelas tinggi, namun kini ia semakin banyak diaplikasikan dalam peranti elektronik harian.

Port USB Warna Kuning

Port USB berwarna kuning boleh mewakili sama ada USB 2.0 atau USB 3.0 dan juga mempunyai ciri “always on”.

Ini membolehkan pengguna mengecas peranti walaupun komputer dalam keadaan tertutup. Port kuning sangat berguna untuk tujuan pengecasan pasif.

Port USB Warna Oren

Bagi port USB berwarna oren pula, port ini dikenali sebagai “high-retention“.

Port USB ini bukan sahaja hadir dengan ciri “always-on” tetapi mampu Quick Charge (QC3.0).

Rekaannya yang memerlukan lebih banyak geseran bagi mengeluarkan palam USB menjadikan kebanyakan port ini digunakan dalam sektor industri.

Gambar: Corsair

Port USB Warna Teal 

Port USB berwarna teal merujuk kepada USB 3.1 Gen 1, juga dikenali sebagai SuperSpeed+ (SS+) USB.

Diperkenalkan pada tahun 2013, port ini menyokong kelajuan pemindahan data sehingga 10 Gbps, iaitu dua kali ganda lebih pantas berbanding USB 3.0.

Dari segi penampilan, warna port ini hampir menyerupai biru klasik USB 3.0, namun jika diperhatikan dengan teliti, ia mempunyai tona kehijauan yang lebih jelas.

Perbezaan warna inilah yang boleh membantu pengguna membezakan antara port USB 3.0 dan USB 3.1.

Selain menawarkan kelajuan tinggi, port ini juga menyokong keserasian ke belakang, membolehkan ia digunakan bersama peranti yang hanya menyokong USB 3.0, 2.0, atau 1.x.

Tambahan pula, ia menyokong komunikasi dupleks, iaitu keupayaan untuk menghantar dan menerima data secara serentak menjadikan pemindahan data lebih efisien dan pantas.

Port USB Warna Hijau 

Port USB berwarna hijau pula merupakan port Qualcomm Quick Charge, satu standard pengecasan yang disokong oleh sesetengah peranti.

Walau bagaimanapun, port USB ini bukanlah sebahagian daripada piawaian rasmi USB.

Port USB Warna Ungu

Bagi port USB berwarna Ungu pula, daripada Huawei SuperCharge. Namun begitu, port ini boleh menjadi port USB 3.1 biasa.

Ringkasnya, warna pada port USB boleh ditakrifkan kepada jenis, kelajuan dan generasi penciptaan wayar sambungan itu.

Sumber: Corsair, How to Geek

BACA: Digelar “Mr. Nice Guy”, Kenali Tun Abdullah Ahmad Badawi

BACA: “Rahsia” Garis Pada Tuala Yang Ramai Tidak Tahu

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.