Siakap Keli
amaran ribut petir
Sumber: METMalaysia

Amaran Ribut Petir Di 10 Negeri, WP – METMalaysia

Amaran Ribut Petir Di 10 Negeri, WP – METMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 10 malam ini.

Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah, serta keseluruhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Di Perak pula, daerah yang terlibat adalah Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Manakala di Kelantan, daerah yang terlibat adalah Jeli, selain daerah Bentong di Pahang dan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat di Selangor.

“Sementara itu, di Negeri Sembilan membabitkan daerah Jelebu, selain Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor,” maklum METMalaysia.

Selain itu, cuaca buruk turut dijangka berlaku di Sarawak membabitkan daerah Kuching, Serian, Samarahan, Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah (Mukah), Bintulu (Sebauh), Miri (Beluru dan Marudi) dan Limbang.

Di Sabah pula, daerah yang terlibat adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Keningau).

Orang ramai diminta waspada

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan untuk berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

BACA: Pemain Gitar Kumpulan Metal Terkenal Meninggal Dunia

BACA: Kerajaan Indonesia Dakwa Tarif AS Bagi Produk “Buatan Indonesia” Bukan 32 Peratus

BACA: Sistem Kemasukan Ke MRSM, SBP Akan Diselaras Mulai Januari Tahun Depan – TPM Ahmad Zahid

Sumber: METMalaysia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.