Siakap Keli
Pemain Gitar Meninggal Dunia
Gambar: X

Pemain Gitar Kumpulan Metal Terkenal Meninggal Dunia

Pemain Gitar Kumpulan Metal Terkenal Meninggal Dunia

Dunia muzik dikejutkan dengan pemergian gitaris kumpulan metal terkenal Indonesia dikenali sebagai “Seringai”, iaitu Ricky Siahaan.

Difahamkan, beliau meninggal dunia sebaik sahaja selesai membuat persembahan dalam sebuah festival muzik di Jepun.

Ricky, 48, menghembuskan nafas terakhir pada 19 April, kira-kira jam 10 malam waktu tempatan ketika konsert jelajah Seringai Wolves of Asia Tour berlangsung di Tokyo.

Menurut laporan portal Tempo, pihak polis Tokyo mengesahkan bahawa punca kematian adalah akibat serangan jantung.

Apa yang lebih menyedihkan, hanya beberapa jam sebelum kejadian, Ricky sempat memuat naik gambar di laman media sosial dan menyatakan kegembiraannya menyertai konsert tersebut.

Tindakan itu jelas menunjukkan betapa terujanya beliau dapat membuat persembahan di negara matahari terbit itu.

Ricky bukan sahaja dikenali sebagai tonggak penting dalam Seringai, sebuah kugiran yang cukup popular menerusi lagu-lagu seperti Adrenalin Merusuh dan Dilarang di Bandung.

Malah, beliau turut berperanan sebagai pengurus kepada pelakon aksi terkenal, Iko Uwais.

Untuk info, kumpulan Seringai kini dalam rangka konsert jelajah Asia.

Sebelum ke Jepun, kumpulan yang mula menempa nama sekitar tahun 2002 ini turut mengadakan persembahan di Taiwan beberapa hari lebih awal.

BACA: Kerajaan Indonesia Dakwa Tarif AS Bagi Produk “Buatan Indonesia” Bukan 32 Peratus

BACA: Angkasawan Tertua AS Selamat Kembali Ke Bumi

BACA: China Lancar Enam Satelit Ujian Ke Angkasa

Sumber: Astro Gempak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.