Siakap Keli
angkawasan tertua AS
Gambar: NASA

Angkasawan Tertua AS Selamat Kembali Ke Bumi

Angkasawan Tertua AS Selamat Kembali Ke Bumi

Angkasawan tertua Amerika Syarikat (AS) yang masih aktif, Dan Pettit, telah selamat kembali ke Bumi pada hari ulang tahun kelahirannya yang ke-70.

Pettit telah selamat mendarat di kawasan padang rumput Kazakhstan pada jam 6.20 pagi waktu tempatan (1.20 pagi GMT), Ahad.

Beliau ditemani dua rakan sekrewnya dari Rusia, Alexey Ovchinin dan Ivan Vagner, dalam kapsul angkasa Soyuz MS-26.

https://x.com/NASA/status/1913765879612858433

Menurut Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA), mereka telah menghabiskan masa selama 220 hari di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), mengelilingi Bumi sebanyak 3,520 kali.

Bagi Pettit, misi ini merupakan kali keempat beliau berada di angkasa. Secara keseluruhan, beliau telah mengumpul sebanyak 590 hari di luar atmosfera Bumi.

BACA: Angkasawan NASA Berjaya Mendarat Di Bumi

Ketiga-tiga angkasawan itu akan menjalani tempoh pemulihan bagi menyesuaikan semula tubuh mereka dengan tarikan graviti selepas sekian lama berada dalam keadaan mikrograviti.

Selepas itu, Pettit, yang dilahirkan di Oregon pada 20 April 1955, akan diterbangkan ke Houston, Texas.

Manakala Ovchinin dan Vagner akan pulang ke pusat latihan angkasa utama Rusia di Zvyozdniy Gorodok (Star City) berhampiran Moscow.

Sebelum berlepas meninggalkan ISS, mereka telah menyerahkan tugasan ketua stesen kepada angkasawan Jepun, Takuya Onishi.

Dalam perkembangan berkaitan, dua lagi angkasawan NASA, Butch Wilmore dan Suni Williams, baru-baru ini kembali ke Bumi selepas lebih sembilan bulan berada di ISS, jauh melebihi tempoh asal yang dirancang hanya lapan hari.

Mereka tiba di stesen angkasa tersebut pada Jun 2024, namun menghadapi masalah teknikal dengan kapal angkasa yang digunakan, menyebabkan mereka hanya dapat pulang ke Bumi pada 18 Mac tahun ini.

Untuk info, Pettit bukanlah individu tertua pernah berada di orbit. Rekod tersebut masih dipegang oleh John Glenn yang menyertai misi NASA pada 1998 ketika berusia 77 tahun.

BACA: Anggaran Bayaran Diterima Angkasawan NASA ‘Terkandas’ Di ISS

BACA: Terkandas Cukup ‘Lama’, Ini Cara Angkasawan Bertahan Di ISS

Sumber: BBC

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.