Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Cara Angkasawan Bertahan Di ISS
Gambar: NASA

Terkandas Cukup ‘Lama’, Ini Cara Angkasawan Bertahan Di ISS

Hannah

Terkandas Cukup ‘Lama’, Ini Cara Angkasawan Bertahan Di ISS

Dua angkasawan NASA, Butch Wilmore dan Sunita Williams, akhirnya kembali ke Bumi selepas terkandas lebih sembilan bulan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Mereka mendarat dengan selamat di perairan Florida menggunakan kapsul SpaceX.

Ini sekali gus menamatkan misi yang sepatutnya hanya berlangsung selama lapan hari, tetapi berlanjutan akibat masalah teknikal pada kapal angkasa Boeing Starliner.

ISS, yang terletak pada ketinggian 409 km di atas Bumi, telah menjadi rumah bagi angkasawan dari seluruh dunia selama hampir 25 tahun.

Makmal penyelidikan sebesar padang bola ini dikendalikan terutamanya oleh Amerika Syarikat (AS) dan Rusia serta berfungsi sebagai pusat kerjasama saintifik global.

Bagaimana angkawasan bertahan di ISS & apa yang mereka makan?

1. Menu makanan di ISS

Menurut laporan The New York Post, Wilmore dan Williams menikmati hidangan seperti pizza, ayam panggang dan koktel udang.

Mereka juga mempunyai akses kepada bijirin sarapan dengan susu tepung, tuna serta makanan lain yang dikawal oleh pakar pemakanan NASA.

2. Kekurangan hasil segar

Pada awal misi, mereka menerima bekalan buah-buahan dan sayur-sayuran segar, tetapi sumber ini hanya bertahan selama kira-kira tiga bulan.

Selepas itu, mereka bergantung sepenuhnya kepada makanan yang telah dipaket atau dikeringkan secara beku.

3. Persediaan makanan di ISS

Semua daging dan telur telah dimasak di Bumi terlebih dahulu dan hanya perlu dipanaskan sebelum dimakan.

Sementara itu, makanan seperti sup, stew dan kaserol perlu dihidrat semula menggunakan air yang disimpan di tangki segar ISS.

4. Air minuman daripada kitar semula

Satu fakta menarik adalah sistem di ISS mampu mengitar semula air, termasuk daripada peluh dan air kencing angkasawan, menjadikannya selamat untuk diminum.

Ini memastikan bekalan air yang mencukupi untuk kegunaan harian mereka.

Justeru, walaupun tempoh misi mereka berlanjutan, tiada isu kekurangan makanan di ISS.

Setiap angkasawan menerima bekalan kira-kira 1.7 kg makanan sehari, dengan tambahan stok kecemasan untuk menghadapi sebarang kemungkinan pelanjutan misi.

Seorang pakar menegaskan bahawa sebarang penurunan berat badan yang dialami angkasawan bukan disebabkan oleh kekurangan makanan, tetapi lebih kepada faktor fisiologi di angkasa.

BACA: Angkasawan NASA Berjaya Mendarat Di Bumi

BACA: Anggaran Bayaran Diterima Angkasawan NASA ‘Terkandas’ Di ISS

BACA: 9 Bulan Di ISS, Ini 6 Masalah Kesihatan Yang Angkasawan Alami

Sumber: Hindustan Times