Siakap Keli
bayaran angkasawan NASA
Gambar: AFP

Anggaran Bayaran Diterima Angkasawan NASA ‘Terkandas’ Di ISS

Anggaran Bayaran Diterima Angkasawan NASA ‘Terkandas’ Di ISS

Dua angkasawan NASA, Sunita Williams dan Butch Wilmore, telah berjaya menjejakkan kaki ke bumi selepas hampir sembilan bulan berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Pada asalnya, mereka hanya dijadualkan berada di sana selama seminggu sahaja, namun masalah teknikal dengan kapal angkasa Boeing Starliner telah menyebabkan ‘kelewatan’ hingga hampir setahun.

Justeru, mereka terpaksa dibawa pulang dengan kapal angkasa SpaceX Crew Dragon, bersama dua lagi angkasawan dari Amerika Syarikat (AS) dan Rusia.

Kepulangan mereka disambut meriah apabila berjaya mendarat dengan selamat di kawasan perairan berhampiran Tallahassee, Florida.

Pampasan untuk tempoh kelewatan

Laporan menyatakan bahawa NASA akan memberikan bayaran tambahan kepada Williams dan Wilmore sebagai pampasan atas tempoh misi yang lebih lama.

Bagaimanapun, pampasan tersebut bukanlah dalam bentuk bayaran lebih masa seperti pekerjaan biasa.

Bekas angkasawan NASA, Cady Coleman, mendedahkan kepada majalah Washingtonian bahawa terdapat sejumlah kecil bayaran harian yang perlu dibayar kepada angkasawan.

Menurutnya, bayaran itu sekitar USD 4 sehari (kira-kira RM17.78).

Berdasarkan kadar tersebut, Williams dan Wilmore dijangka menerima sekitar USD 1,148 (lebih kurang RM5103.43) sebagai elaun tambahan sepanjang 287 hari berada di angkasa lepas.

Gaji tahunan mereka pula dianggarkan antara USD 125,133 hingga USD 162,672 (sekitar RM556,278.75 hingga RM723,158.38).

Dengan tambahan tempoh sembilan bulan ini, pendapatan keseluruhan mereka untuk misi tersebut dianggarkan antara USD 94,998 hingga USD 123,152 (sekitar RM422,313.61 hingga RM547,472.22).

Walau bagaimanapun, tiada pengesahan rasmi daripada pihak NASA mengenai sebarang pampasan khusus untuk kelewatan tersebut.

BACA: Gelagat Budak Lelaki Minta Tun M ‘Sign’ Hot Wheels, Curi Tumpuan

BACA: Bantuan Am Persekutuan 2025: Syarat & Cara Memohon

BACA: 6 Mall Dengan Dekor Raya Paling Mantap, Ramai Nak Serbu Mall No. 3 Sebab Faktor Ini

Sumber: Business Standard, CNBC TV18

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.