Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
UiTMSAT-2
Gambar: BERNAMA

UiTMSAT-2 Dilepaskan Ke Orbit Dari ISS Petang Tadi

BERNAMA

UiTMSAT-2 Dilepaskan Ke Orbit Dari ISS Petang Tadi

SHAH ALAM, 3 Feb (Bernama) -- Universiti Teknologi MARA (UiTM) mencipta sejarah apabila satelit NANO keduanya, UiTMSAT-2 berjaya dilepaskan ke orbit dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 6.52 petang waktu Malaysia hari ini.

Ketua projek Dr Fatimah Zaharah Ali berkata UiTMSAT-2 merupakan satelit nano jenis CubeSat 1U seberat 1.1 kilogram yang dilepaskan melalui modul Japanese Experiment Module (JEM) menggunakan mekanisme JEM Small Satellite Orbital Deployer (J-SSOD).

Beliau yang juga Pensyarah Fakulti Kejuteraan Elektrik (FKE) UiTM berkata projek UiTMSAT-2 membawa misi utama kamera pemerhatian bumi serta misi sekunder Internet benda berasaskan angkasa.

“Ia bertujuan untuk penghantaran data penderia dari kawasan terpencil yang tidak mempunyai rangkaian sambungan darat (bumi) dan menggunakan jalur frekuensi VHF-UHF radio amatur,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Tontonan Secara Langsung Pelepasan UiTMSAT-2 yang dipancarkan dari Agensi Penerokaan Aeroangkasa Jepun (JAXA) yang turut dihadiri Naib Canselor UiTM Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib di Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM di sini hari ini.

Gambar: BERNAMA

Pada 26 Okt 2025, UiTM berjaya melancarkan UiTMSAT-2 ke ISS menerusi misi HTV-X1 menggunakan roket H3 F7 dari Pusat Angkasa Lepas Tanegashima, Jepun tepat 8 pagi waktu Malaysia (9 pagi waktu Jepun).

Fatimah Zaharah berkata projek satelit kecil itu akan beroperasi di kedudukan orbit rendah bumi pada ketinggian 380 hingga 400 kilometer dari bumi dan mengelilingi bumi sebanyak 16 kali dalam tempoh 24 jam.

Beliau berkata pembangunan UiTMSAT-2 sejak Februari 2021 dengan pembentukan model kejuruteraan di FKE UiTM melibatkan proses perolehan komponen, reka bentuk papan litar, integrasi subsistem dan pengujian fungsi.

Katanya ujian getaran dan keserasian elektromagnet (EMC) telah dilaksanakan di Malaysia, manakala pembangunan Flight Model (FM) diteruskan di Institut Teknologi Kyushu (Kyutech), Jepun pada 2024 hingga 2025, termasuk integrasi panel solar serta ujian persekitaran angkasa.

Projek UiTMSAT-2 diterajui oleh UiTM sebagai institusi utama dengan kolaborasi strategik bersama University of Perpetual Help System DALTA (Filipina), King Mongkut’s University of Technology North Bangkok (Thailand) serta Kyutech sebagai penyokong teknikal.

Pembiayaan projek disumbang oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Dana International Collaboration Fund (ICF) sebanyak RM500,000 dan UiTM melalui Dana Perkongsian Penyelidikan Strategik (SRP) serta sumbangan kewangan rakan kolaborasi antarabangsa.

Kemudahan pembangunan satelit UiTM melibatkan Makmal Integrasi Satelit di FKE serta stesen bumi di Kompleks Kejuruteraan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di universiti itu, dilengkapi antena Yagi VHF/UHF, sistem rotator serta lesen operator amatur yang diperbaharui secara berkala.

Sementara itu, Shahrin dalam ucapan perasmian berkata pelepasan satelit nano itu membuktikan Malaysia khususnya UiTM, mampu dan bersedia bagi memainkan peranan yang lebih besar dalam landskap teknologi masa hadapan.

“UiTMSAT-2 turut mencerminkan kerjasama universiti-industri yang bermakna, dengan penyelidikan akademik diterjemahkan kepada aplikasi teknologi sebenar.

“UiTMSAT-2 bukan sekadar sebuah satelit nano. Ia adalah simbol keupayaan kepakaran tempatan, manifestasi keyakinan terhadap bakat anak Malaysia dan bukti bahawa universiti awam mampu menjadi pemacu teknologi strategik negara,” katanya.

Sumber:BERNAMA