Siakap Keli

6 Mall Dengan Dekor Raya Paling Mantap, Ramai Nak Serbu Mall No. 3 Sebab Faktor Ini

6 Mall Dengan Dekor Raya Paling Mantap, Ramai Nak Serbu Mall No. 3 Sebab Faktor Ini

Setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri, tentu ramai di antara kita yang sudah mula tak senang duduk nak cari baju raya dan kelengkapan lain. Habis semua mall diserbunya demi sepasang baju yang mampu menambat hati setiap tahun. 

Tapi perasan tak, bila setiap kali masuk je mana-mana mall, tentu ada pelbagai dekorasi dan permainan menarik.

Haa kali ini, min nak share dekat korang dekor-dekor yang menarik di setiap mall di bawah bersempena dengan sambutan raya kali ini. Jom!

Kemeriahan ‘Dekor’ Raya Setiap Mall

Pavilion Kuala Lumpur

Menjelang Syawal tahun ini, Pavilion Kuala Lumpur menampilkan dekorasi raya berkonsepkan elemen tradisional dan moden, mencerminkan keindahan seni dan budaya Malaysia,

Bertemakan Pavilion Budaya Raya, pengunjung disambut dengan busana daripada Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza di  ruang legar utama.

https://www.instagram.com/p/DGxQb3ZPvx3/

Dekorasi ini menampilkan busana ikonik, trofi dan penghargaan yang pernah diraih oleh penyanyi nombor satu itu.

Bahkan turut disediakan permainan tren untuk kanak-kanak bagi menceriakan lagi suasana.

The Exchange TRX

The Exchange TRX, salah satu pusat membeli-belah terkemuka di Kuala Lumpur, pula mempersembahkan dekorasi Hari Raya Aidilfitri dengan tema “A Luminous Raya’’.

Dekorasi ini menampilkan elemen tradisional tapi elegan dengan kemewahan seni dan budaya Malaysia. 

Di ruang legar utama, pengunjung disambut dengan replika perkampungan dengan warna seperti kuning keemasan.

https://www.instagram.com/p/DHK5R84t9o4/

AEON MALL

Menariknya tentang AEON MALL, ia antara dekorasi Hari Raya paling unik kerana membawa satu kelainan kepada pengunjung seperti kembali ke alam kanak-kanak dengan tema “Tom and Jerry Seloka Raya”, yang mana elemen baju raya diterapkan pada maskot ini. 

 

Pada ruang lobi pusat beli belah ini, ia memaparkan replika pelita minyak tanah dan gabungan replika ‘keju’ menjadikan suasana raya lebih unik kali ini.

“Korang yang mana kanak-kanak terperangkap dalam badan orang dewasa tu confirm happy go lucky bila datang ke sini”

https://www.instagram.com/reel/DG9uPYNSoV1/?igsh=MTdocGFtcmJrY3MxNQ==

Dengan adanya maskot kartun seperti Tom and Jerry, tentunya mengimbau kembali nostalgia ketika kanak-kanak.

mall dekor raya

Selain itu, suasana ini juga diserikan dengan kehadiran maskot comel Mochi & Orange yang berpakaian Baju Melayu di 28 AEON MALL seluruh Malaysia.

Menariknya tentangnya Seloka Raya, ini merupakan penampilan pertama maskot comel Mochi & Orange dalam pakaian tradisional ini.

https://www.instagram.com/reel/DHJDXalMwZj/?igsh=MnNjeDl0YmMwMHBx

Secara tidak langsung, pengunjung yang datang bersama anak-anak, dapat menikmati suasana, bergambar bersama dan membeli-belah dengan aman. Malah pengunjung berpeluang untuk menang tiga hadiah ini jika berbelanja di AEON.

Hadiah yang dimaksudkan itu adalah;

AEON MALL x TRACEY Micro Bag iaitu beg mikro eksklusif dari bahan lestari ni boleh jadi milik anda dengan perbelanjaan RM1000 (Bukan Ahli) / RM800 (Ahli AEON) dalam tiga resit gabungan pada hari yang sama. 

Mug Edisi Khas Tom and Jerry merupakan koleksi rare yang boleh ditebus dengan perbelanjaan RM680 (Bukan Ahli) / RM580 (Ahli AEON) dalam tiga resit gabungan pada hari yang sama.

Ketiaga adalah Sampul Duit Raya Tom and Jerry. Comel sangat! Korang boleh dapat sampul ini dengan perbelanjaan RM280 (Bukan Ahli) / RM180 (Ahli AEON) dalam dua resit gabungan pada hari yang sama.

Menarikan idea yang dibawakan oleh AEON MALL kali ini?

Sunway Putra Mall

Selain itu, Sunway Putra Mall turut menampilkan tema warna-warni kuih-muih tradisional yang mengimbau suasana raya terdahulu.

Dekorasi ini merupakan gabungan antara Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. 

Pada bahagian lobi korang akan dapat melihat replika kuih-muih seperti ketupat dan dodol dipamerkan pada bakul, memberikan suasana yang unik dan menarik perhatian pengunjung. 

https://www.instagram.com/p/DHCvn4KMP1Q/?img_index=2

IOI City Mall Putrajaya 

Untuk dekorasi daripada IOI City Mall, Putrajaya tahun ini, hiasan pusat beli-belah tersebut diinspirasikan oleh bunga tanjung, bunga rasmi Negeri Selangor yang melambangkan  keanggunan, kesucian, dan kebersamaan. 

Pemilihan tema ini bersesuaian dengan bunga tanjung mempunyai kaitan rapat dengan budaya serta warisan Melayu.

Untuk pengetahuan ia juga sering dikaitkan dengan keindahan dan tradisi turun-temurun, seiring dengan semangat Hari Raya Aidilfitri yang penuh kemeriahan.

https://www.instagram.com/p/DGjyORYzypI/?img_index=1

One Utama Shopping Centre

Seterusnya di One Utama Shopping Centre, dekorasi yang ditampilkan pada tahun ini adalah berkonsepkan Asia Timur.

Konsep ini memberikan pengalaman kepada pengunjung seolah-olah berada di negara luar dengan replika bangunan berwarna ungu seakan Islamic Vibe.

https://www.instagram.com/p/DHDaMRtypLj/?img_index=1

Haa menarik bukan dekorasi-dekorasi Hari Raya Aidilfitri di setiap lokasi pusat beli-belah tahun ini? 

Lebih-lebih yang sukakan animasi seperti Tom and Jerry di AEON MALL.

Ada pelbagai hadiah menarik eksklusif dan promosi kaw-kaw menanti anda di sana sepanjang acara ini berlangsung, dengan berbelanja di sini.

Jadi, cepat-cepat serbu 28 pusat beli-belah terpilih AEON MALL sebelum tarikh acara ini tamat. Nak tahu dengan lebih lanjut tentang acara menarik ini klik di sini.

 

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: