Siakap Keli
Angkasawan NASA Mendarat Di Bumi
Kredit: X @SpaceX

Angkasawan NASA Berjaya Mendarat Di Bumi

Angkasawan NASA Berjaya Mendarat Di Bumi

Selepas sembilan bulan ‘terkandas’ di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), akhirnya dua angkasawan NASA, Sunita Williams dan Butch Wilmore berjaya menjejakkan kaki ke Bumi.

Kepulangan mereka disambut meriah selepas misi asal selama lapan hari berubah menjadi tempoh hampir setahun di angkasa lepas.

Pada 18 Mac, Williams dan Wilmore bersama dua lagi kru, Nick Hague dari NASA dan Aleksandr Gorbunov dari Roscosmos, berjaya mendarat dengan selamat di kawasan perairan berhampiran Tallahassee, Florida.

Mereka tiba di Bumi menggunakan kapsul angkasa Dragon SpaceX selepas perjalanan sekitar 17 jam dari angkasa lepas.

NASA mengambil inisiatif menyiarkan detik bersejarah ini secara langsung, membolehkan ribuan penonton di seluruh dunia menyaksikan saat kapsul itu berjaya keluar dari orbit dan mendarat dengan selamat.

https://x.com/SpaceX/status/1902117509798465910?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1902117509798465910%7Ctwgr%5E12979d28e55a1c6d89cb72680b924154b37bf38e%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.ndtv.com%2Fworld-news%2Fsunita-williams-butch-wilmore-splash-down-safely-near-florida-coast-after-9-months-on-international-space-station-7955562

https://x.com/justinbroadcast/status/1902133728828178870?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1902133728828178870%7Ctwgr%5E12979d28e55a1c6d89cb72680b924154b37bf38e%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.ndtv.com%2Fworld-news%2Fsunita-williams-butch-wilmore-splash-down-safely-near-florida-coast-after-9-months-on-international-space-station-7955562

Perjuangan pulang yang panjang

Misi asal Williams dan Wilmore sebenarnya adalah penerbangan pertama kapal angkasa Boeing Starliner pada 5 Jun tahun lalu.

Namun, masalah sistem pendorongan menyebabkan Starliner tidak dapat kembali dengan selamat dan terpaksa pulang tanpa kru pada September.

Situasi itu memaksa NASA mengubah rancangan dengan menghantar kapsul Dragon SpaceX dalam misi Crew-9 bagi membawa pulang kumpulan angkasawan itu.

Kini, selepas kembali ke Bumi, Williams dan Wilmore perlu menjalani pemulihan intensif bagi memulihkan kekuatan fizikal mereka.

Difahamkan, NASA menyediakan program khas untuk memantau tahap kesihatan mereka.

Ini kerana pendedahan radiasi dan kehilangan graviti dalam tempoh yang lama boleh memberikan kesan jangka panjang kepada tubuh mereka.

BACA: Bahan Bakar Berbaki Kurang 1 Bulan, 2 Angkasawan Kesuntukan Masa Untuk Pulang Dengan Selamat

BACA: Dua Angkasawan Starliner Mungkin Terkandas Di ISS Sehingga 2025 – NASA

BACA: Angkasawan ‘Terkandas’ Bakal Pulang Ke Bumi 

Sumber: UNILAD Tech, NDTV

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.