Siakap Keli
China Lancar Enam Satelit angkasa
Gambar: Bernama

China Lancar Enam Satelit Ujian Ke Angkasa

China Lancar Enam Satelit Ujian Ke Angkasa

TAIYUAN, 19 April – China hari ini berjaya melancarkan enam satelit ujian baharu ke angkasa dari Pusat Pelancaran Satelit Taiyuan, yang terletak di Wilayah Shanxi, utara negara itu.

Keenam-enam satelit yang dikenali sebagai Shiyan-27 itu dilancarkan tepat jam 6:51 pagi waktu Beijing menggunakan roket pengangkut Long March-6 yang telah diubah suai, dan berjaya memasuki orbit yang telah ditetapkan.

Menurut agensi berita Xinhua, satelit-satelit ini akan digunakan terutamanya bagi tujuan eksplorasi persekitaran angkasa serta menjalankan ujian ke atas teknologi berkaitan.

Pelancaran ini turut mencatatkan sejarah sebagai misi penerbangan ke-570 bagi siri roket pengangkut Long March.

Sebelum ini,  China berjaya melancarkan kapal angkasa lepas Shenzhou-19 dengan roket pembawa Long March-2F dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan, barat laut China pada 4.27 pagi.

Sepuluh minit selepas pelancaran, kapal Shenzhou-19 berpisah dengan roket dan memasuki orbit yang ditetapkan.

Sekarang, kru angkasawan berada dalam keadaan baik, kata Agensi Angkasa Lepas Bermanusia China (CMSA).

Menurut rancangan, kapal Shenzhou-19 akan bercantum dengan kombinasi stesen angkasa lepas.  Selepas itu, kru Shenzhou-19 akan melakukan pertukaran syif dengan kru Shenzhou-18 di orbit.

Selain itu, angkasawan Shenzhou-19 akan menjalani aktiviti luar kenderaan (EVA) beberapa kali untuk melakukan eksperimen fizik asas grativiti mikro, sains bahan angkasa, sains hayat angkasa, perubatan angkasa, teknologi angkasa dan lain-lain

Sumber: Xinhua

BACA: Teleskop James Webb Kesan Kewujudan Hidupan Di Planet Selain Bumi

BACA: Pasangan Panda Gergasi Fu Wa, Feng Yi Dihantar Pulang Ke China Bulan Depan – NRES

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.