Pisang Mas Masuk Senarai 10 Pisang Terbaik Dunia
Bagi rakyat Malaysia, pisang bukan sekadar sejenis buah. Ia adalah sebahagian daripada budaya kulinari yang kaya dan beraneka.
Umum diketahui, pisang goreng rangup yang dijual di gerai tepi jalan sentiasa menjadi pilihan ramai.
Selain itu, pengat pisang yang lemak manis berkuah santan turut menampilkan buah ini sebagai bahan utama dalam pelbagai sajian tempatan.
Bukan itu sahaja, pisang turut memainkan peranan penting dalam dunia kuih-muih tradisional Malaysia.
Antara yang paling digemari termasuk lepat pisang, cekodok pisang dan apam pisang.
Popularitinya yang meluas dalam masakan harian membuktikan bahawa pisang merupakan antara buah yang paling dekat di hati rakyat Malaysia.
Lebih membanggakan, sebuah laman panduan makanan global, TasteAtlas mengiktiraf Pisang Mas sebagai pisang terbaik dunia.
Pisang Mas mendahului dunia
Dalam senarai 10 pisang terbaik dunia yang dikeluarkan oleh TasteAtlas, Pisang Mas dari Malaysia berjaya menduduki tangga pertama.
Pisang Mas mengatasi pelbagai jenis pisang dari negara lain seperti Sepanyol, England, Indonesia dan India.

Menurut TasteAtlas, Pisang Mas sejenis pisang bersaiz kecil yang terkenal dengan rasa manis serta tekstur yang berkrim.
Ia mudah dikenali kerana saiznya yang lebih kecil dan lebih langsing berbanding pisang Cavendish yang lebih biasa ditemui.
Kebiasaannya, pisang ini berukuran antara 4 hingga 6 inci panjang (iaitu sekitar 10 hingga 15 sentimeter).
Apa yang membezakan Pisang Mas daripada jenis pisang lain ialah rasa manisnya yang luar biasa serta teksturnya yang lembut dan berkrim.
Ia amat digemari untuk dimakan segar kerana rasa manisnya sering disamakan dengan madu.
Selain itu, pisang ini juga mempunyai profil rasa yang halus dan hampir beraroma bunga.
Kulitnya yang nipis serta isinya yang kurang padat berbanding pisang bersaiz besar menjadikan teksturnya unik dan menyenangkan apabila dimakan.
BACA: Sambutan Meriah Open House Aidilfitri Di SJKC Tarik Perhatian Netizen
BACA: Tragedi Putra Heights: Semua Bilik Musnah Dijilat Api Kecuali Bilik “Ini”
BACA: Faisal Halim Kongsi Imej X-Ray Patah Tulang Hidung
Sumber: Taste Atlas