Doktor Dakwa “Ini” Bantu Suami Hidup 5 Tahun Lebih Lama
“Bagaimana jika saya katakan bahawa ada sesuatu yang mudah untuk anda lakukan setiap hari yang boleh menambah purata lima tahun kepada jangka hayat anda?”
Itulah persoalan yang dibangkitkan oleh seorang doktor yang baru-baru ini mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.
Menerusi satu perkongsian, doktor berkenaan menyatakan bahawa kajian sejak 1980, yang turut disokong oleh penyelidikan terkini, mendapati amalan “ini” dipercayai mampu memberi kesan besar terhadap kesihatan seorang lelaki.
Menurut kajian itu, lelaki yang mencium isteri setiap pagi sebelum melangkah keluar dari rumah cenderung untuk hidup lima tahun lebih lama berbanding lelaki yang tidak melakukannya.
Malah, mereka juga dilaporkan memperoleh pendapatan lebih tinggi dan kurang terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Tambah doktor itu, mungkin hal tersebut kedengaran sukar untuk dipercayai, tapi penjelasan sains di sebalik fenomena ini cukup meyakinkan.
Ciuman, walaupun hanya sekejap, sebenarnya merangsang penghasilan hormon penting seperti dopamin dan oksitosin.
Dopamin dikenali sebagai “hormon gembira” manakala oksitosin digelar “hormon kasih sayang”.
Kedua-dua hormon ini berperanan mengurangkan keradangan dalam badan, meningkatkan penghadaman, menstabilkan emosi, serta menyokong kesihatan otak.
Pada masa sama, amalan ini turut mengurangkan hormon stres seperti kortisol, yang sering dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan sistem imun yang lemah.
“Walaupun manfaat ini dinikmati bersama oleh kedua-dua pasangan, lelaki dilaporkan mendapat kesan yang lebih signifikan memandangkan jangka hayat lelaki biasanya lebih pendek berbanding wanita,” kata doktor itu.
Bukan sekadar untuk lelaki, tetapi kebaikan bersama
Walaupun tumpuan kajian ini diberikan kepada golongan lelaki, manfaatnya turut dirasai oleh wanita.
Ini bukan sahaja mengeratkan hubungan suami isteri, tetapi mencipta persekitaran rumah tangga yang lebih harmoni, selamat dan stabil secara emosi.
Lebih menarik, amalan ini tidak memerlukan kos dan boleh dilakukan setiap hari tanpa perlu keluar rumah.
Ia adalah pelaburan kecil tetapi memberi pulangan yang sangat besar untuk jangka panjang.
BACA: Kedai “Hanbok” Di Korea Sediakan Pilihan Hijab Untuk Muslimah, Tuai Pujian
BACA: Warga Maya ‘Heboh’, Ketebalan Asfalt Di China Cecah 40cm
BACA: Meraung Rangkul Anak Tidak Bernyawa, Coretan Si Ayah Undang Hiba
Sumber: Instagram @drbelswellness