Siakap Keli
Ketebalan Asfalt China
Kredit: TikTok @gtid.news

Warga Maya ‘Heboh’, Ketebalan Asfalt Di China Cecah 40cm

Warga Maya ‘Heboh’, Ketebalan Asfalt Di China Cecah 40cm

Baru-baru ini, satu video tular memaparkan kerja-kerja pengaspalan jalan raya di China yang luar biasa tebal.

Ketebalan asfalt itu direkodkan setebal 40 sentimeter, iaitu dua hingga tiga kali ganda lebih tebal daripada standard biasa di kebanyakan negara.

@gtid.news

Jalanan di China jadi sorotan karena ketebalan aspalnya mencapai 40 cm.Video yang viral memperlihatkan proses pengaspalan dengan alat berat, menunjukkan lapisan aspal yang sangat tebal dan rapi. Banyak warganet terkejut karena standar ini jauh di atas yang biasa ditemui di berbagai negara. Sumber: startuptoday.co

♬ original sound – GTN – GTN

Untuk info, ketebalan lapisan asfalt ditentukan berdasarkan beban lalu lintas dan keadaan geologi setempat.

Bagi lebuh raya yang menampung trafik berat, struktur lapisan asfalt boleh terdiri daripada beberapa lapisan, seperti lapisan permukaan (Surface Course), lapisan pengikat (Binder Course) dan lapisan asas asfalt (Asphalt Base Course).

Gabungan lapisan-lapisan ini tidak mustahil mencapai ketebalan keseluruhan sehingga 40 cm.

Ini untuk memberikan kekuatan dan ketahanan yang diperlukan untuk menampung beban berat dan penggunaan jangka panjang.

Projek jalan raya berketahanan tinggi di China

China telah melaksanakan beberapa projek jalan raya berketahanan tinggi yang dikenali sebagai Long-Life Asphalt Pavement (LLAP). 

Projek ini menggunakan lapisan asfalt yang tebal bagi meningkatkan daya tahan jalan terhadap haus dan kerosakan, khususnya akibat beban trafik yang berat.

Antara contoh utama pelaksanaan projek ini ialah:

  • Lebuh Raya Yanjiang di Wilayah Jiangsu
  • Lebuh Raya XuWei di Wilayah Henan

Kedua-dua lebuh raya ini dibina dengan struktur berbilang lapisan yang merangkumi asas separa tegar (semi-rigid base), suatu pendekatan yang terbukti berkesan dalam meningkatkan jangka hayat permukaan jalan.

Kelebihannya adalah:

1. Asas yang kukuh dengan kapasiti yang sesuai

2. Meningkatkan keupayaan struktur jalan untuk menampung beban, menjadikannya sesuai bagi trafik berat dan jumlah kenderaan yang tinggi.

3. Mengurangkan kedalaman lekukan (rutting) pada keseluruhan struktur jalan walaupun dengan lapisan asfalt yang nipis.

4. Penjimatan kos bahan – Kos untuk membina 1 sentimeter campuran asfalt adalah bersamaan dengan kos membina 4 hingga 5 sentimeter bahan asas separa tegar.

BACA: Bapa Tetapkan 3 Syarat, Tegas Agar Anak Jaga Lencana Jalur Gemilang

BACA: Hajat Tercapai, Dua Sahabat Warga Emas Sebak Bertemu Semula

BACA: Cendol Tumpah Dalam Kereta, Tengku Ampuan Pahang Bersihkan Sendiri

Sumber: TikTok @gtid.news

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.