Siakap Keli
tengku ampuan pahang cendol
Kredit: Facebook Kesultanan Pahang

Cendol Tumpah Dalam Kereta, Tengku Ampuan Pahang Bersihkan Sendiri

Cendol Tumpah Dalam Kereta, Tengku Ampuan Pahang Bersihkan Sendiri

Dalam kalangan kita, pasti ada pemilik kereta yang tidak kisah untuk makan di dalam kereta, ada juga yang begitu tegas dengan tidak membenarkan sesiapapun makan dan minum di dalam kereta miliknya. Antara sebab utama tentulah untuk mengelakkan makanan dan minuman tertumpah sekaligus mengotorkan ruang dalam kereta.

Tidak hanya sukar untuk dicuci, malah sisa makanan dan minuman yang berpotensi terlepas pandang bakal mengundang kehadiran serangga perosak terutamanya lipas.

Bagi anda yang ‘dibenarkan’ untuk menikmati juadah di dalam kereta, terdapat satu perkara penting perlu anda beri perhatian. Jika berlaku tumpahan di dalam kereta ketika anda makan atau minum, pastikan anda membersihkan semula tumpahan tersebut dengan segera.

Jangan anggap tindakan membersihkan semula sisa makanan yang tumpah di dalam kereta itu sesuatu yang remeh. Kebawah Duli Paduka Baginda (KDPB) Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sendiri bertindak membersihkan bekas tumpah ketika minum cendol di dalam kereta.

Satu rakaman video KDPB Tengku Ampuan Pahang sedang membersihkan tempat duduk penumpang bahagian hadapan tular di media sosial apabila dikongsikan Facebook Kesultanan Pahang hari ini.

“Dah biasa dah cuci sendiri, buat kerja sendiri,” titah Baginda Tengku Ampuan Pahang sambil membersihkan ruang bawah tempat duduk penumpang.

Sambil merakam, KDPB Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah sempat berjenaka.

“Ibu mithali, boleh menyanyi, boleh menari tarian Orang Asli, boleh buat kraftangan, boleh cuci kereta. Elok je ni. Contohilah Tengku Ampuan Pahang,” titah Baginda.

GG, terlanggar, ampun. My fault,” titah Baginda Tengku Ampuan Pahang sambil membersih.

Difahamkan, kedua KDPB Baginda sedang melalui Daerah Maran bersempena Kembara Pahang 1.0 yang dijadualkan bermula hari ini sehingga 23 April 2025.

https://www.facebook.com/reel/1314247969682397

Sumber: Kesultanan Pahang

BACA: Marsha Milan Mendunia Sebagai Duta Spotify EQUAL Asia dan Tampil di ASEAN-Korea Music Festival

BACA: Noktah Kemelut Pencerobohan Tanah Secara Haram – Sultan Pahang

BACA: Jangan Ceroboh Tanah Pahang – Al-Sultan Abdullah

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.