KUALA LUMPUR, 22 APRIL 2025 – Shopee Malaysia telah menjalinkan kerjasama bersama YouTube untuk program baharu YouTube Shopping Affiliate di Malaysia yang memberi peluang kepada pencipta kandungan tempatan untuk menjana pendapatan dengan menukar format video mereka kepada video dimana pengguna boleh terus melakukan aktiviti pembelian. Menerusi program ini, pencipta kandungan boleh ‘tag’ produk Shopee dalam video, Shorts, dan strim langsung YouTube mereka, sekali gus memudahkan penonton menemui dan membeli produk tanpa meninggalkan platform ini. Inisiatif ini bukan sahaja membantu pencipta kandungan menjana pendapatan, tetapi turut memperluas jangkauan dan penglibatan penonton.
Pencapaian ini dibina berdasarkan pertumbuhan pesat Program Shopee Affiliate (SAP), yang telah mencatat peningkatan ketara dalam platform penstriman langsung dan kandungan video pendek. Pada tahun 2024 sahaja, pesanan Shopee Affiliates meningkat sebanyak 81% tahun ke tahun, pesanan melalui Shopee Live meningkat sebanyak 248%, dan pesanan melalui Shopee Video meningkat 63 kali ganda antara bulan April hingga Disember. Program ini terbuka kepada semua, daripada pencipta kandungan ke pengguna normal — membolehkan mereka menjana pendapatan melalui kandungan yang di’tag’, ulasan produk, dan strim langsung dengan sokongan penuh daripada program AMS Shopee.
“Di Shopee, kami sentiasa percaya akan pemerkasaan komuniti Affiliates kami dengan alat dan latihan perniagaan serta peluang yang sesuai untuk berkembang. Kerjasama julung kali dengan YouTube ini adalah lanjutan daripada komitmen tersebut. Program YouTube Shopping Affiliate membuka peluang baharu buat pencipta kandungan untuk berhubung dengan jenama, menjana pendapatan secara mampan, dan menjadi sebahagian daripada ekosistem kandungan berkomersial yang semakin berkembang. Bersama Shopee Video dan Shopee Live, para affiliate kini boleh menjangkau lebih ramai pengguna dan memacu keterlibatan yang lebih kukuh,” kata Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia.
Sebagai sebahagian daripada sesi ini, Tan turut memperkenalkan program Affiliates Marketing Solution (AMS) — platform yang menggerakkan inisiatif ini. AMS menyediakan pelbagai alatan perniagaan dan ganjaran untuk pencipta kandungan termasuk:
- Peningkatan Komisen Shopee: Dapatkan kadar komisen yang lebih tinggi — sehingga 10% daripada Shopee semasa jualan besar seperti kempen dua digit dan Jualan Hari Gaji, serta sehingga 80% komisen daripada penjual terpilih.
- Insentif Baharu Affiliates YouTube: Sertai Program New Affiliate YouTube Milestone untuk menjana insentif tunai sehingga RM1,500 dengan ‘tag’ video dan Shorts YouTube dengan produk Shopee.
- Cabaran bulanan: Jana sehingga RM1,500 insentif tunai dengan mencapai sasaran jualan bulanan.
- Baucar eksklusif: Ahli Affiliates baharu akan menerima baucar bernilai sehingga RM700.
Lebih daripada 200 pencipta kandungan menghadiri acara ini yang menampilkan aktiviti interaktif seperti demo produk secara langsung, “Misi Membeli-belah”, sesi perkongsian dengan pencipta YouTube terkemuka, serta peluang berhubung dengan penaja jenama.
Buat ramai pencipta, program ini menjadi titik perubahan dalam cara mereka menghasilkan kandungan
“Saya dah lama buat review produk teknologi, tapi dengan Program Affiliates Shopee, ia jadi lebih dari sekadar berkongsi — saya boleh bantu ramai untuk membuat pilihan yang lebih bijak. Dengan gabungan Shopee dan YouTube, penonton boleh terus beli produk yang saya cadangkan terus dari video YouTube saya. Sangat mudah untuk pencipta kandungan seperti saya,” kata Asraff Jeffery, YouTuber Malaysia.
Dengan program YouTube Shopping Affiliate, Shopee dan YouTube membuka peluang baharu untuk semua pencipta kandungan — dari ahli Affiliates baharu hingga pencipta kandungan berpengalaman. Penjual dari semua skala turut mendapat manfaat melalui pendekatan yang dipacu oleh pencipta kandungan untuk kekal relevan dan berhubung lebih erat dengan pelanggan.
“Sebagai ahli Affiliates Shopee, saya sentiasa fokus membina kepercayaan dengan penonton — tetapi saya juga ingin berkembang dan capai lebih ramai penonton. Selepas sesi ini, saya teruja untuk teroka YouTube sebagai ruang baharu untuk berkongsi kandungan,” kata kalcubemaster, Affiliates Shopee dalam kategori Gaya Hidup. “Bagi saya program ini memudahkan dengan ganjaran yang lebih besar.”
Ini hanyalah permulaan. Sama ada anda pencipta baharu atau nama terkenal, alatan untuk menjadi ahli affiliate sudah tersedia — dan peluang untuk menjadikan kandungan anda sebagai punca pendapatan kini di tangan anda. Pencipta kandungan yang memenuhi kriteria kelayakan boleh mendaftar hari ini melalui Program Affiliate Marketing Solution (AMS) Shopee.