Siakap Keli
tiada cerai edika
Kredit: Instagram Edika Yusof

Tiada Lafaz Cerai Antara Edika Dan Isteri Hari Ini

Tiada Lafaz Cerai Antara Edika Dan Isteri Hari Ini

Kes permohonan cerai antara selebriti terkenal, Edika Yusof dan isteri, Nor Hidayah Yusri hari ini ditangguhkan ke tarikh baharu, lapor Gempak.

Ketika ditemui Gempak di Mahkamah Rendah Syariah Persekutuan Kuala Lumpur, Peguam Syarie, Mohd Yazid Hazim yang mewakili isteri pelakon senior itu berkongsi tarikh sebutan semula kes yang ditetapkan pada 5 Mei nanti.

“Seperti sedia maklum, hari ini adalah kes permohonan cerai yang mana secara asasnya, mahkamah sudah membenarkan Edika melafazkan cerai pada pihak Nor Hidayah tetapi disebabkan dia tidak suci hari ini, jadi mahkamah menangguhkan kepada 5 Mei depan.

“Pada tarikh itu, Edika perlu hadir ke mahkamah untuk melafazkan cerai,” ujarnya.

Dalam pada itu, peguam berkenaan turut berkongsi 10 dakwaan anak guamnya yang menjadi sebab permohonan perceraian itu dibuat. Namun begitu, perincian dakwaan tidak akan didedahkan atas faktor boleh mengaibkan.

“Kita sudah bentangkan fakta-fakta kes untuk mahkamah teliti permohonan cerai ini sama ada wajar atau tidak pihak Nor Hidayah mahu bercerai dengan suaminya. Selepas fakta itu dibentang dan dakwaan itu dijawab oleh Edika, mahkamah turut memanggil anak sulungnya untuk memberi keterangan terhadap setiap dakwaan Nor Hidayah pada Edika.

“Mahkamah pun menerima setiap keterangan dan alasan Nor Hidayah dan suka saya nyatakan mahkamah menerima alasan yang paling kritikal dalam rumah tangganya yang sudah berlalu selama lebih 20 tahun.

“la sepatutnya sudah diselesaikan tapi disebabkan Nor Hidayah bermurah hati demi menjaga maruah keluarga. Sampai sekarang barulah dia ada ketabahan atau kerelaan untuk memohon. Ini pun kerana dia sudah tidak tahan sangat.

“Ada lebih kurang 10 dakwaan dan kalau saya bentangkan di sini, ia akan mengaibkan dan dakwaan semua itu adalah yang paling kritikal dan boleh mencemarkan maruah Nor Hidayah sebagai isteri,” katanya.

Peguam tersebut turut menyifatkan tindakan Nor Hidayah memfailkan perceraian sebagai satu tindakan yang wajar. Hal ini berikutan Nor Hidayah telah menerima pelbagai kecaman yang menyalahkan anak guamnya itu.

“Dakwaan ini semua disaksikan oleh anaknya dan menyokong dakwaan Nor Hidayah. Jadi ketidaksefahaman adalah hanya surface saja, ada sembilan dakwaan yang kritikal lagi,” katanya.

Terdahulu, mahkamah menetapkan pagi tadi sebagai sebutan kedua kes permohonan cerai Nor Hidayah selepas suaminya Edika gagal hadir pada sidang pertama.

Sumber: Gempak

BACA: Isteri Edika Yusof Failkan Cerai

BACA: Diana Danielle, Farid Kamil Sah Bercerai Kali Kedua

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.