Rupanya Ini Video Pertama Diterbitkan Di YouTube
Tidak dinafikan, platform penstriman video, YouTube antara aplikasi yang paling banyak digunakan oleh setiap individu di seluruh dunia selain aplikasi pencarian enjin, Google.
Pejam celik pejam celik, sudah 20 tahun YouTube diwujudkan dan ia masih kekal relevan sebagai antara dominasi terbesar sosial media. Pelbagai video dimuat naik oleh orang ramai di platform tanpa sempadan ini.
Tetapi pernah tak anda terfikir, macam mana video pertama yang diterbitkan di YouTube?
Video Pertama Di YouTube
Tahukah anda, video pertama yang pernah dimuat naik ke YouTube hanyalah berdurasi 19 saat?
Video yang bertajuk ‘Me at the zoo’ ini telah dimuat naik pada 23 April 2005 oleh salah seorang pengasas bersama YouTube sendiri, Jawed Karim.
Dalam video itu, Karim berdiri santai di hadapan kandang gajah di Zoo San Diego, sambil menyebut fakta ringkas mengenai gajah yang menurutnya mempunyai “belalai yang sangat panjang.”
@dailymail Exactly 20 years ago, the very first video called ‘Me at the zoo’ was published on YouTube 🎂 #happyanniversary #youtube #news
Biarpun video itu merupakan klip berkualiti rendah dan ringkas, namun video ini sebenarnya telah mencetuskan revolusi dalam dunia digital.
Sejak dimuat naik, video tersebut telah ditonton lebih daripada 357 juta penonton.
Video itu bukan sekadar rakaman peribadi biasa, ia menjadi permulaan kepada fenomena global yang kini dikenali sebagai YouTube.
Setahun selepas video itu diterbitkan, YouTube telah dijual kepada Google dengan harga $1.65 bilion.
Namun, apabila Google memperolehi Youtube pada tahun 2006, Karim mendapat sebanyak 137, 443 saham di syarikat itu yang bernilai kira-kira 64 juta.
Beliau kemudian menemui syarikat modal teroka Youniversity Ventures yang telah melabur dalam syarikat termasuk Airbnb.
Menarik bukan?
Sumber: Daily Mail, Business Insider