Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Azeem Pecah Rekod Terbaik Musim Ini

Iqbal Yasir
Azeem Pecah Rekod Terbaik
Gambar: Bernama

Azeem Pecah Rekod Terbaik Musim Ini

Jaguh pecut sensasi negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi menjuarai acara 100m Kejohanan Olahraga Tiger Track Classic di Auburn, Amerika Syarikat, lapor Stadium Astro.

Azeem yang mewakili tuan rumah, Universiti Auburn merekodkan catatan 10.28s, mengatasi pesaing lain Brody Buffington (10.29s) dan Micah Larry (10.32), masing-masing dari Georgia untuk merangkul juara.

Catatan itu menyaksikan Azeem berjaya memecahkan rekod terbaiknya musim ini.

Untuk rekod, Azeem merupakan pemegang rekod 100m kebangsaan dengan catatan 10.09s, yang dilakukannya dalam Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia pada 2022.

Sebelum ini, Azeem sekali lagi memecahkan rekod kebangsaan acara 60 meter (m) di dalam dewan, untuk meraih pingat gangsa pada Kejohanan Trek dan Balapan Dalam Dewan SEC 2025.

Pemenang pingat gangsa Sukan Asia 2024 yang mewakili Universiti Auburn itu mencatatkan 6.56 saat (s) untuk berada di tempat ketiga pada aksi final acara 60 m yang berlangsung di Bryan-College Station, Texas, Amerika Syarikat (AS).

Catatan berkenaan menyaksikan atlet berusia 20 tahun itu memperbaharu rekod kebangsaan miliknya, iaitu 6.60 s dalam acara sama yang dilakukan pada Kejohanan Jemputan Tiger Paw di California, AS pada Februari lepas.

Emas acara 60 m itu dimenangi Jordan Antony dari AS mewakili University of Arkansas yang menamatkan perlumbaan dengan catatan 6.54s manakala rakan sepasukan Muhammad Azeem, Israel Okon dari Nigeria akur di tempat kedua yang hanya dibezakan 0.01s.

Sumber: Stadium Astro

BACA: ABK: Arif Aiman Lakar Sejarah, Kekal Dominasi Gelaran MVP Buat Kali Keempat Berturut-Turut

BACA: Dominic, Aguero Tidak Sertai ASEAN All-Stars Lawan Manchester United