Percutian Selepas Perayaan: Destinasi Santai Pasca-Raya dengan Agoda
Kuala Lumpur, 22 April 2025 – Selepas sebulan berpuasa dan diikuti pula dengan kesibukan ziarah-menziarahi, berkunjung ke rumah terbuka, serta pelbagai jamuan Hari Raya, musim perayaan ini memang penuh dengan kegembiraan, namun juga memenatkan. Justeru, percutian singkat di hujung minggu mungkin merupakan cara terbaik untuk merehatkan diri dan memulihkan semula tenaga anda.
Sama ada anda idamkan percutian tepi pantai yang menenangkan, rawatan ‘spa’ yang menyegarkan, atau pengembaraan ke alam semula jadi, Agoda memudahkan anda untuk mencari destinasi yang ideal untuk berehat dan juga menyegarkan tubuh badan.
Fabian Teja, Pengarah Negara Malaysia dan Brunei di Agoda, berkata: “Bagi mereka yang ingin berehat selepas Hari Raya, percutian hujung minggu adalah cara yang ideal untuk menyegarkan diri. Di Agoda, kami percaya bahawa rehat bukanlah sekadar kemewahan, tetapi ia adalah keperluan untuk kesejahteraan hidup. Oleh itu, kami komited untuk memudahkan perjalanan dan menawarkan penginapan hebat pada harga berpatutan bagi percutian warga Malaysia.”
Dengan menjelangnya beberapa cuti hujung minggu panjang, inilah masa yang sesuai untuk merancang percutian selepas perayaan. Berikut adalah beberapa destinasi terbaik untuk beristirahat:
-
Perak – Kesejahteraan di Kolam Air Panas
Alangkah nikmatnya dapat menyegarkan badan dan menenangkan fikiran dengan berendam di kolam air panas semula jadi setelah selesai kesibukan meraikan Hari Raya. Negeri Perak, yang terkenal dengan beberapa kolam air panas semula jadi terbaik di Malaysia, menawarkan percutian yang ideal untuk kesejahteraan diri. Dengan lokasinya yang dikelilingi kehijauan alam dan bukit-bukit batu kapur, kolam air panas ini menawarkan pengalaman yang menarik untuk dikunjungi. Kandungan mineral berkhasiat dalam airnya pula berupaya merehatkan otot-otot yang tegang serta melegakan tubuh badan.
-
Pulau Tenggol – Ketenangan di Tepi Laut
Malaysia mempunyai banyak destinasi pantai yang indah, sesuai untuk percutian yang menenangkan. Nikmati keindahan pantai dengan bayu laut yang nyaman di Pulau Tenggol, sebuah pulau yang kurang dikenali berbanding Perhentian atau Redang, yang menawarkan ketenangan selepas perayaan.
-
Cameron Highlands – Keindahan di Tanah Tinggi
Bagi mereka yang mencari ketenangan di alam semula jadi, kunjungilah ke Cameron Highlands dan nikmati pemandangan ladang teh yang terbentang luas serta bukit berkabus di sepanjang perjalanan anda. Tenangkan fikiran dari suasana riuh dengan menghirup udara yang segar di kawasan tanah tinggi yang sejuk dan menyegarkan..
-
Kuala Lumpur – Oasis di Kota Raya
Jika anda tidak ingin melakukan perjalanan jauh, cuti inap di Kuala Lumpur juga menawarkan peluang yang ideal untuk beristirahat. Di tengah kota raya ini, terdapat hotel-hotel yang menyediakan lebih daripada sekadar tempat bermalam. Bayangkan sahaja – ruang dalaman yang menenangkan dengan pepohon hijau, kawasan khusus untuk sesi yoga dan meditasi, serta bilik-bilik yang dihias dengan artistik untuk ketenangan diri. Sama ada menikmati sesi spa yang memanjakan, makan tengah hari dengan santai, atau sekadar meluangkan masa di bilik sambil membaca buku kegemaran dan menikmati layanan kamar, percutian di bandar juga mampu memberikan pengalaman yang menenangkan.
Warga Malaysia yang sedang merancang percutian pasca-Raya boleh memilih dari lebih 5 juta tempat penginapan di seluruh dunia dan juga lebih 300,000 aktiviti liburan di Agoda. Muat turun aplikasi mudah alih Agoda atau lawati Agoda.com untuk mendapatkan tawaran terbaik bagi percutian anda yang akan datang.