Siakap Keli
Telur Gred Khas kpkm
Gambar: Bernama

Telur Gred Khas Akan Diperkenal – KPKM

Telur Gred Khas Akan Diperkenal – KPKM

PUTRAJAYA  — Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pihak industri bersetuju untuk memperkenalkan telur gred khas pada harga munasabah.

Ia selepas pengumuman penamatan kawalan harga dan subsidi telur ayam secara berfasa bermula Khamis (esok), sebagai langkah penyasaran semula subsidi di bawah inisiatif Kerajaan MADANI.

Langkah ini bagi meminimumkan impak ke atas kos sara hidup. KPKM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan langkah-langkah intervensi.

“Rakyat boleh mendapatkan bekalan telur pada harga yang lebih kompetitif melalui jualan Agro  MADANI dan Jualan Rahmah di seluruh negara termasuk di semuat outlet Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP),” menurut kenyataan itu.

Tambahan lagi, KPDN akan terus mempertingkatkan penguatkuasaan melalui pemantauan berterusan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pecatutan 2011 (AKHAP 2011) bagi membanteras sebarang aktiviti pencatutan atau manipulasi harga oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

BACA: Fakta Disebalik “Guard Of Honour” Bola Sepak Eropah

Sebelum ini, KPKM memaklumkan kadar subsidi telur ayam akan dikurangkan daripada RM0.10 kepada RM0.05 sebiji bermula esok manakala pemberian subsidi sepenuhnya akan ditamatkan pada 1 Ogos depan.

“Keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira komitmen pihak industri untuk memastikan pengeluaran telur ayam yang cukup dan terjamin berikutan kos pengeluaran yang telah stabil.

“Ini terbukti sepanjang musim perayaan Aidilfitri yang lalu di mana ketersediaan bekalan adalah mencukupi dengan harga yang kompetitif,” menurut kenyataan itu.

Sejak Februari 2022 hingga Disember 2024, Kerajaan telah membelanjakan hampir RM2.5 bilion untuk pembayaran subsidi telur ayam kepada pihak industri bagi menampung peningkatan kos pengeluaran berikutan pandemik COVID-19 serta kesan peperangan antara Ukraine dan Russia ke atas harga import soya dan jagung bijian.

Kerajaan juga telah mengambil kira tempoh kawalan harga dan pemberian subsidi yang terlalu ialah sesuatu yang tidak mampan kepada kelangsungan industri pengeluar telur tempatan serta kewangan negara.

Selain itu, langkah penyasaran semula subsidi juga adalah lebih adil memandangkan ketika ini, subsidi turut dinikmati oleh warga asing dan golongan berpendapatan tinggi.

https://www.facebook.com/kpkmmalaysia/posts/pfbid0exMbjkjKbiZeqxWkWyT1HRcVMt2DSbepErEwAzw5kpGDu76EdLctXyTstAEpGaCil

Sumber: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

BACA: Julang Gelaran Liga Ke-20, Liverpool Kelab Inggeris Paling Berjaya

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.