Siakap Keli
liverpool kelab inggeris paling berjaya
Gambar: AFP

Julang Gelaran Liga Ke-20, Liverpool Kelab Inggeris Paling Berjaya

Julang Gelaran Liga Ke-20, Liverpool Kelab Inggeris Paling Berjaya

Liverpool menoktahkan kempen cemerlang mereka dengan menundukkan Tottenham Hotspurs di Anfield, 5-1 sekaligus mengesahkan kejuaraan liga ke-20 kelab.

Lebih manis, The Reds melakukan perkara tersebut pada musim pertama bersama jurulatih baru, Arne Slot yang didatangkan dari Eredivisie.

Kejayaan yang tidak ramai dapat jangka itu sekaligus membantah semua cakap-cakap bahawa Liverpool akan melalui tempoh sukar selepas pemergian Jurgen Klopp.

Jurulatih legenda dari Jerman itu telah memenangi segala-galanya selama 8 musim bersama kelab berkenaan.

Dengan kejayaan menjulang gelaran liga ke-20, Liverpool kini menyamai rekod yang dipegang oleh seteru abadi, Manchester United sebagai kelab yang paling banyak memenangi gelaran liga utama Inggeris.

Namun begitu, ada satu lagi persoalan lain yang tidak boleh dikesampingkan begitu sahaja.

Persoalannya, adakah Liverpool kini muncul sebagai kelab Inggeris paling berjaya dengan gelaran major terbaru yang kelab itu rangkul semalam?

Opta Analyst ada jawapannya.

Menurut Opta Analyst, analisis yang dibuat pihaknya hanya melibatkan kejohanan-kejohanan major yang terbuka untuk semua kelab.

Terdapat dua kejohanan yang tidak disertakan sebagai kejuaraan major oleh Opta Analyst iaitu UEFA Super Cup dan FIFA Club World Cup dalam analisis berkenaan.

UEFA Super Cup hanyalah satu perlawanan yang mempertemukan Juara UCL dan Juara Liga Europa setiap musim. Bagi sebahagian peminat, menang piala ini memang membanggakan. Namun jika tewas, ia bukanlah satu kegagalan besar.

Manakala FIFA Club World Cup adalah kejohanan yang dianjurkan FIFA dan melibatkan juara kelab dari serata benua.

Walaupun berprestij, namun ada yang menganggap kejohanan ini tidak ubah seperti kejohanan piala persahabatan, lebih-lebih bagi bagi peminat kelab-kelab gergasi dari Eropah dan Amerika Selatan.

Jadi, kejohanan-kejohanan yang diambil kira adalah:

  • Piala FA (bermula 1871)
  • Kejohanan Liga (bermula 1888 dan dijenamakan sebagai Liga Premier pada 1992)
  • Piala Liga (bermula 1960)
  • Piala Eropah (bermula 1955 dan dijenamakan sebagai Liga Juara-juara pada 1992)
  • Piala UEFA (bermula 1971 dan dijenamakan sebagai Liga Europa pada 2009)
  • Liga Konferens
  • European Cup Winners’ Cup (bermula 1960 dan dihapuskan pada 1999)

Akhir sekali adalah kejohanan kontroversi iaitu Inter-Cities Fairs Cup yang berlangsung dari 1955 hingga 1971 dan dianggap sebagai pendahulu kepada Piala UEFA.

Kejohanan tersebut tidak diiktiraf sebagai sebahagian daripada rekod Eropah oleh UEFA, tetapi mendapat tempat dalam rekod FIFA.

Kelab-kelab Inggeris yang pernah memenangi kejohanan berkenaan adalah Leeds United (2), Newcastel United dan Arsenal.

Liverpool, kelab Inggeris paling berjaya dengan 47 gelaran major

Secara keseluruhan, Liverpool muncul sebagai kelab Inggeris yang paling banyak memenangi kejohanan-kejohanan di atas dengan 47 gelaran major.

(Jika Liverpool tidak memenangi liga musim ini, Liverpool masih berada di tangga pertama dengan 46 gelaran major)

Di tangga kedua adalah Manchester United dengan 44 gelaran dan Arsenal di tangga ketiga dengan 30 gelaran.

Manchester City di tangga keempat dengan 27 gelaran dan Chelsea dengan 25 gelaran melengkapkan kedudukan lima kelab Inggeris paling berjaya.

Gambar: Opta Analyst

Liverpool dan Manchester United mungkin berkongsi jumlah gelaran liga yang sama. Namun di peringkat Eropah, Liverpool lebih dominan apabila muncul sebagai juara Piala Eropah/UCL sebanyak enam kali.

Manakala Manchester United pula mengecapi kejayaan yang sama sebanyak tiga kali.

Bagaimanapun, Manchester United masih berpeluang untuk menambah satu lagi gelaran major sekiranya berjaya menjuarai Liga Europa pada musim ini.

BACA: Hakim Danish Naik Podium Lagi Di Litar Jerez

Sumber: Opta Analyst

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.